Autogate Subang Jaya – We Fix OAE Autogate And Gate Roller

LATEST NEWS 

We Fix OAE Autogate And Gate Roller

Kami dihubungi customer kami sendiri daripada USJ Subang Jaya yang kami pasang OAE 333a arm autogate untuk folding gate nya 8 tahun lepas. Ini kali pertama customer hubungi kami selepas pemasangan dimana ada masalah oae autogae tak boleh buka. Customer beritahu kemungkinan ada masalah dengan swing autogate control panel, customer sendiri sudah buka kotak autogate dan tengok ada lampu pada autogate control board yang tidak menyala tetapi customer tidak begitu pasti.

Hari itu kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati betul yang autogate control panel telah rosak disebab cicak mati dibelakang motherboard autogate oae dan kami terus menggantikannya. Semasa lakukan testing untuk pastikan autogate berfungsi dengan baik, kami dapati roda autogate tercabut dan customer beritahu memang selalu jadi, apabila auto gate roller tercabut, customer akan masukkannya semula. Customer sudah hubungi gate contractor tapi tak datang-datang lagi. Kami tawarkan untuk menggantikan roda autogate tersebut. Customer terus setuju sebab tak sangka kami pun buat service auto gate roller replacement.

Kami menggantikan autogate roller menggunakan stainless steel auto gate roller wheels yang tahan dan akan tahan lama serta menggunakan teknik yang betul. Sekarang folding auto gate bergerak sangat lancar. Customer happy dan puas hati, barulah kami pergi ke rumah customer lain.

Folding Autogate Repair Services Subang
Folding Autogate Repair Services Subang

Solution For Your Autogate Motor System And Gate

Kami sediakan servis lengkap untuk semua jenis masalah pintu pagar dan autogate anda. Tak kira sama ada anda ada masalah roda autogate rosak, bearing pintu longgar, track bengkok, atau engsel tercabut, kami boleh bantu. Untuk sistem autogate pula, kami pakar dalam membaiki motor autogate, tukar arm autogate, baiki remote control, dan juga pasang autogate baru dengan jenama terkenal seperti Tronica®. Bukan itu saja, kami juga ada pelbagai spare parts sedia untuk tukar on the spot kalau ada kerosakan. Jadi anda tak perlu tunggu lama atau cari kedai lain.

Ramai customer sebelum ni beritahu mereka penat sebab kena panggil banyak jenis kontraktor satu untuk autogate, satu lagi untuk pintu, satu lagi untuk welding. Dengan Kedai Autogate, semua masalah anda boleh selesai dengan satu pasukan saja. Kami ada pengalaman dan alat lengkap untuk betulkan motor autogate, roda, trek, bearing, dan semua komponen pintu sekali gus. Ini bukan saja jimat masa dan kos, tapi juga lebih senang untuk anda satu kontraktor, semua boleh settle. Kalau nak pastikan autogate dan pintu anda kembali lancar dan tahan lama, hubungi kami hari ini.

Repair Auto Gate Roller Subang Jaya
Repair Auto Gate Roller Subang Jaya

We Only Using High Quality Auto Gate Parts

Kami gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Kami sentiasa pastikan masalah autogate setiap customer dapat dibetulkan pada masa kami datang. Sebab itu kami sentiasa membawa semua original dan high quality auto gate spare parts termasuk gate roller. Jadi selesai kami lakukan troubleshooting, sudah tahu punca masalah autogate yang berlaku dan dengan persetujuan customer dari segi alat ganti digunakan dan harga autogate parts tersebut, kami boleh terus menggantikannya.

Kami akan cuba yang terbaik untuk selesaikan segala masalah autogate tidak kira jenama sistem auto gaate motor yang anda gunakan seperti Tronica®, KRON Auto Gate, Dnor 712 Autogate, Dnor 212, E8 Autogate Arm, RDS, FAAC Autohaye, Digicraft Autogate, Beninca Autogate dan banyak lagi. Anda hanya perlu cari auto gate service near me, Kedai Autogate akan datang membantu. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp juga dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.