Kerja Pemasangan Tronica®-328 DC Sliding Autogate System Di Ampang

LATEST NEWS 

Kerja Pemasangan Tronica®-328 DC Sliding Autogate System Di Ampang

Hai semua. Ini salah satu job autogate minggu lepas iaitu pemasangan Tronica®-328 DC Sliding Autogate System. Sorrylah baru update kes ni, busy sikit handle customer ada yang nak pasang Tronica® autogate system dan ada juga yang ingin repair autogate sedia ada, banyak kes autogate tak boleh selepas hujan, autogate rosak disebabkan kilat. Tapi jangan risau, kami sentiasa top up stock Tronica® Autogate set sama ada Tronica® Arm Autogate System dan Tronica® Sliding Autogate System. Begitu juga dengan spare parts autogate untuk repair autogate dirumah anda.

Berbalik pada customer tadi, dari apa yang customer beritahu “rumah ni i beli subsale, so previous owner yg install the autogate. i dont have any details siapa installer”. Customer baru sahaja beli rumah ini dan dah ada autogate, tidak pasti sama ada autogate itu masih berfungsi, kunci remote control autogate tak ada, kunci untuk unlock motor sliding autogate itu pun tak ada. Asalnya customer menggunakan G-Force AC Sliding Autogate Motor yang first generation punya. Kami masih ada spare parts G-Force autogate lama ini, cuma yang kami risaukan adalah sliding autogate gearbox motor.

Kami juga syorkan customer untuk pasang autogate baru dengan Tronica®-328 DC Sliding Autogate System. Tronica 328 sliding motor ini heavy duty dan oleh kerana ia dc motor, memang ada backup battery terbina, jadi jika tiada elektrik, autogate masih boleh berfungsi.

Sliding Autogate Services Ampang
Sliding Autogate Services Ampang

G-Force AC Sliding Autogate Motor Lama Telah Rosak Teruk

Atas permintaan customer untuk lakukan pemeriksaan dan jika kerosakkan teruk, customer terus nak pasang Tronica®-328 DC Sliding Autogate Motor. Sebelum ke rumah customer kami sedia spare parts autogate G-force termasuklah set autogate baru Tronica®-328 DC Sliding Autogate. Nanti apa sahaja keputsan customer sama ada ingin terus baiki gforce autogate tersebut atau nak pasang autogate baru kami boleh lakukannya.

Setelah kami datang lakukan pemeriksaan, apa yang kami jangkakan betul, dimana G-force sliding motor gearbox telah rosak. Tambahan remote autogate pun tak ada. Kunci untuk unlock gforce autogate itu pun tak ada. Kos nak baiki semua bahagian lebih dari harga pasang autogate baru. Itu yang customer buat keputusan tuk pasang Tronica®-328 DC Sliding Autogate System bagi menggantika G-Force AC Sliding Autogate System. Pemasangan siap pada hari yang sama dan sekarang customer sudah ada autogate baru yang berfungsi dengan sangat baik.

Sliding Autogate Installation Ampang
Sliding Autogate Installation Ampang

Berhenti Baiki Autogate Lama – Pasang Autogate Baru Lebih Berbaloi

Autogate anda sudah terlalu lama dan bermasalah, itu perkara biasa. Sama juga dengan kereta atau barang elektrik elektronik anda, jika sudah lama guna pasti akan ada masalah. Mencari reliable sliding auto gate system yang tahan lama, yang sesuai dengan sliding gate design anda?Penggunaan best brand sliding auto gate system dan juga dengan pemasangan autogate yang betul, sliding autogate motor anda boleh tahan bertahun lamanya. Ini dia, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica®-328 DC Sliding Autogate System .

Daripada terus membaiki autogate yang tanpa kesudahan dan hanya membazir wang lebih baik cari jalan penyelesaian terbaik dengan harga autogate berpatutan dengan kualiti produk yang terbaik. Anda boleh dapatkannya di Kedai Autogate kami berikan sliding auto gate system promotion price dimana anda boleh dapat high quality and heavy duty sliding auto gate motor.

Pakar Autogate Anda – Pasang dan Baiki

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira sliding autogate system atau swing arm autogate system. Kedai Autogate juga menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.