Autogate Kinrara – Stainless Steel Arm Autogate Rosak
Selamat Pagi. Servis autogate kami diperlukan di Bandar Kinrara minta repair autogate rumah dimana asalnya menggunakan stainless steel rds arm autogate jenama lain yang dipasang installer Puchong tahun lepas. Sekarang sebelah kanan arm autogate stuck, terbuka sedikit kemudian berhenti dan customer memang syak arm autogate tersebut telah rosak. Dari apa yang customer beritahu, oleh kerana tidak dapat menghubungi original autogate installer, customer hubungi kontraktor autogate lain minta gantikan autogate arm tersebut tetapi mereka tak ada spare parts arm autogate tersebut, sekarang mereka guna model lain dan suruh customer tukar full set autogate. Customer buat keputusan untuk tidak terus denganmereka dan cari autogate repairer Puchong yang lain dan jumpa kami.
Setelah melihat gambar autogate arm yang customer hantar, memang kami akui arm autogate spare parts itu tiada tetapi kami boleh gantikan guna model arm autogate yang lain dan kami hantarkan gambar pada customer. Setelah melihat KRON 929 Arm Autogate kami, customer terus setuju dan ingin gantikan kedua-dua belah arm autogate lama dengan KRON. Kata customer, kron arm autogate lebih nampak gagah dan tahan lasak berbanding arm autogate nya sebelum ini yang lebih kecil. Luaran KRON 929 diperbuat daripada aluminium die-cast. Ia direka bentuk dengan petak berasingan untuk motor DC mini, gandingan dan komponen arm autogate seperti coupling dan shaft, sangat tahan lasak.
Gantikan 2 Unit Arm Autogate Dengan KRON 929 Arm
Jika anda memerlukan penggantian untuk hydraulic arm autogate yang bermasalah, anda telah datang ke tempat yang tepat. Kami menawarkan pelbagai jenis arm autogate yang boleh dipilih mengikut keperluan dan bajet anda. Sekiranya arm autogate lama anda rosak, tidak perlu risau kerana anda boleh menggantikannya dengan jenama autogate yang lain, selagi fungsinya tetap sama. Perbezaan hanya terletak pada reka bentuk, tetapi komponen-komponen lain yang masih berfungsi dengan baik seperti motherboard autogate, transformer, dan remote autogate boleh digunakan semula. Ini membolehkan anda menjimatkan kos tanpa perlu menggantikan keseluruhan sistem autogate, cuma arm yang rosak sahaja yang perlu ditukar.
Di Lembah Klang, kami hampir setiap hari melakukan pembaikan dan penggantian arm autogate, dan kami tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan arm autogate yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Masalah dengan arm autogate sering dianggap lebih berat kerana harga komponen ini lebih tinggi berbanding dengan alat ganti autogate yang lain. Namun, arm autogate yang berkualiti boleh bertahan selama bertahun-tahun, memberi nilai yang lebih baik untuk pelaburan anda. Selama hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami amat yakin dengan kualiti KRON 929 Arm Autogate. Ia terbukti kukuh dan boleh dipercayai, menjadikannya pilihan utama.
Spare Parts Arm Autogate Tersedia
Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti kron, fbm, dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate, millie’s autogate, stainless steel swing arm autogate, rds autogate arm ataupun autogate arm oae 333a.
Kami ada semua auto gate spare parts. Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.