Autogate Bangi – SLDEA2000 DEA Gulliver Industrial Sliding Replacement

LATEST NEWS 

Autogate Bangi – SLDEA2000 DEA Gulliver Industrial Sliding Replacement

Hai Semua. Hari ini job kami disebuah office di Bangi bagi melakukan pemasangan KRON 3000 AC Sliding Autogate System bagi menggantikan SLDEA2000 DEA Gulliver Industrial Sliding. Dari apa yang customer beritahu, DEA sliding autogate motor yang digunakan sebelum ini telah rosak dan tidak boleh berfungsi lagi serta tempat kunci dibahagian motor juga sudah patah. Pintu pagar mereka memang jenis single sahaja, tetapi sangat berat sebab menggunakan besi solid. Jadi memerlukan sliding autogate berkuasa lebih besar dari sebelumnya.

Kami telah mencadangkan untuk menggunakan KRON 3000 AC Sliding Autogate System yang direka khas untuk pintu pagar besar dan berat. Ia merupakan motor tahan lasak yang digunakan untuk trafik yang tinggi. Maksudnya boleh buka dan tutup banyak pada setiap. Pintu pagar kilang ini memang akan selalu buka tutup untuk keluar masuk pelawat dan lori. Customer setuju untuk dapatkan KRON-3000 AC Sliding Autogate Motor.

Sliding Autogate Installation Bangi
Sliding Autogate Installation Bangi

Install With KRON 3000 Industrial Autogate System

Motor autogate sliding heavy duty untuk kilang dimana motor autogate sliding KRON 3000 kami direka untuk menguruskan pintu berat lebih daripada 3000kg. AC coil dibina daripada bahan tahan lasak, dan ia mempunyai gear berukuran besar. Shaft dan komponen dalaman lain dibuat daripada bahan tahan lasak, memastikan prestasi yang kukuh dan daya tahan yang tinggi.

Walaupun banyak motor autogate mengaku sebagai gred industri dan tahan lasak, beberapa mungkin mengalami pemanasan berlebihan dan berhenti berfungsi kerana pemotongan termal setelah hanya beberapa operasi pintu. Sebaliknya, KRON 3000 kami direka khas untuk menahan penggunaan yang berat. Anda boleh membukanya 20-30 kali setiap jam tanpa menghadapi sebarang masalah.

DEA Gulliver Sliding Autogate Bangi
DEA Gulliver Sliding Autogate Bangi

Get Kedai Autogate To Fix Your Autogate Factory

Pintu pagar perniagaan seperti kilang, pejabat adalah sangat penting kerana ini laluan utama untuk lori keluar masuk, jadi perlu sentiasa pastikan sliding autogate industrial berfungsi dengan baik. Autogate yang digunakan juga perlu sesuai dengan kebesaran dan keberatan pintu pagar, selalu kilang akan menggunakan intensive sliding autogate system. Pemasangan juga harus betul dan kukuh.

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. KRON autogate system adalah salah satu jenama autogate terbaik di Malaysia. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 Anda juga ke website kami https://kedaiautogate.com.my dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.

Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.

Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.

Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!

Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.

Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198 Kami sedia membantu.