Punca Roda Autogate Cepat Bermasalah

LATEST NEWS 

Punca Roda Autogate Cepat Bermasalah

Boleh jadi pelbagai sebab roda autogate mudah bermasalah dan salah satunya disebabkan trek pintu pagar. Sekiranya ia tidak dipasang dengan betul ataupun keadaan trek yang tidak stabil yang lama kelamaan semakin mendap ini yang membuatkan roda autogate bergerak tidak lancar dan ianya akan menjadi cepat rosak. Folding autogate akan memberikan masalah berterusan lebih-lebih dengan roda bawah autogate.

Jangan biarkan masalah roda autogate terus berlarutan sebab takut akan memberi kesan kepada autogate motor. Cuba fikirkan, jika ada masalah roda autogate bergerak tidak lancar, sangkut-sangkut ia akan beri tekanan kepada sistem autogate. Dan jika roda autogate selalu melompat keluar daripada trek, tidak dilalunya atau roda autogate tercabut, ia membuatkan arm autogate tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Repair Autogate Roller Shah Alam
Repair Autogate Roller Shah Alam

Setiap Beberapa Bulan Roda Autogate Terpaksa Ditukar

Anda boleh tengok keadaan trek pintu pagar customer di Shah Alam. Dari apa yang diberitahu oleh customer, sebelum ini dia menggunakan swing autogate sudah lama dan tidak pernah ada masalah. Disebabkan ingin menjimatkan ruang dan mudah untuk parking kereta, dia buat keputusan untuk pasang folding autogate. Untuk pasang trek pintu pagar, customer tak pecahkan lantai tetapi hanya tanam trek dan buat kontrit seperti didalam gambar. Sejak dari pemasangan folding autogate, dalam 3-5 bulan, mesti akan ada masalah dengan roda autogate dan perlu ditukar. Sehinggakan kontraktor pintu pagar pun tak datang lagi dan taknak angkat panggilan. Ada kenalan customer yang syorkan untuk hubungi Kedai Autogate.

Repair Autogate Track Shah Alam
Repair Autogate Track Shah Alam

Kami dapati bahawa kemungkinan besar, roda autogate selalu bermasalah berpunca daripada trek autogate yang tidak sekata. Disebabkan ini juga, arm autogate menjadi bengkok. Sekarang kami cuba bantu customer dengan menggantikan high quality 304 stainless steel autogate roller, roda autogate mempunyai spring yang menjadikan ia fleksibel mengikut keadaan. Kami juga lakukan pelarasan pada arm autogate.

Jika Boleh, Elakkan Guna Pintu Pagar Folding

Kami tidak boleh menjanjikan apa-apa kerana folding autogate akan selalu bermasalah tetapi kami cuba yang terbaik untuk pastikan ianya tahan lebih lama tanpa masalah kerap seperti sebelum ini. Jika boleh, lebih baik menggunakan swing autogate dimana ia sangat kurang beri masalah berbanding folding autogate.

Baiki Roda Autogate Shah Alam
Baiki Roda Autogate Shah Alam

Servis Autogate Cepat Dan Cekap

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira masalah autogate yang anda hadapi dan untuk model atau jenama autogate seperti kron autogate, dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 . Anda juga ke website kami https://kedaiautogate.com.my dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.


Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.

Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.

Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!

Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.

Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198 Kami sedia membantu.