Folding Auto Gate Klang – Roda Autogate Stainless Steel Diperlukan

LATEST NEWS 

Folding Auto Gate Klang – Roda Autogate Stainless Steel Diperlukan

Hai Semua. Selamat Pagi. Asalnya customer daripada Klang ini menggunakan roda autogate besi. Dari apa yang customer beritahu, roda autogate selalu berkarta, kemudian bermasalah dan perlu digantikan, ia bukan kali pertama berlaku. Setiap kali berlaku, gate contractor akan guna roda autogate besi dan jenis yang sama. Sekarang apabila autogate roller rusty dan masalah autogate wheel damaged, customer mencari penyelesaian lain dan ada kawannya yang syorkan guna roda autogate stainless steel dan kongsikan nombor telefon kami.

Setelah deal dengan customer, kami datang untuk lakukan kerja menggantikan roda tayar autogate. Kami dapati kontraktor lama tak tukar bearing roller yang berada didalam pagar, setelah kami tanggalkan bearing roller, air karat banyak keluar, dia bertakung dalam pagar. Kemudian baru kami pasang bearing roller stainless steel yang baru dan roda stainless autogate yang baru. Sekarang kami selesai menggantikan roda tayar autogate stainless steel/ replacing stainless steel autogate roller dengan heavy duty autogate roller buatan malaysia.

Auto Gate Roller Repair Cheras
Auto Gate Roller Repair Cheras

Letakkan WD40 Pada Bahagian Bergerak Di Pintu Pagar Folding

Bila semua kerja pemasangan dan pembaikan dah siap, kami akan buat testing dulu untuk pastikan autogate bergerak dengan lancar tanpa tersekat-sekat. Kami juga tunjukkan pada customer cara yang betul nak letak atau sembur minyak WD40 pada bahagian yang bergerak contohnya dekat roda, bearing gate dan juga hinge pintu pagar. Benda ni nampak remeh, tapi penting untuk elak bunyi berdecit dan bagi pergerakan autogate tu kekal smooth. Biasanya cukup buat seminggu sekali atau dua minggu sekali je dah memadai.

Masa testing tu, kami tak biar customer tengok je kami bimbing langkah demi langkah supaya dia tahu cara penjagaan asas autogate. Jadi bila nanti ada masalah kecil macam pagar berbunyi atau rasa berat/ pelahan masa buka tutup, customer dah tahu apa nak buat dulu sebelum panggil kami datang semula. Ramai yang hargai bila kami ajar benda ni sebab bukan semua installer ambil masa nak terangkan dengan detail cara jaga autogate lepas servis.

Untuk jenis folding autogate pula, memang kami akan beritahu awal yang sistem ni ada banyak bahagian bergerak, jadi risiko untuk rosak memang lebih tinggi sikit. Sebab tu kami tak bagi waranti untuk kerja tukar roller autogate atau gate hinges, tapi kami tetap guna barang yang elok dan pasang dengan cara yang betul. Kami akan pastikan setiap roda autogate diganti dengan kemas supaya tahan lama dan tak cepat longgar. Pendek kata, walaupun tak ada waranti, kami tetap buat kerja dengan teliti supaya customer puas hati dan autogate boleh tahan lama.

Servis Autogate Teratas di Lembah Klang

Boleh dikatakan hampir setiap hari kami baiki roda tayar autogate dan tukar roda tayar autogate di Lembah Klang. Ramai customer yang syorkan servis autogate kami kepada kenalan mereka. Dan permintaan untuk stainless steel auto gate wheels yang tahan karat dan tahan lama Sekiranya anda perlukan servis untuk roda autogate, boleh hubungi kami pada bila-bila masa.

Kami sudah lama dalam industri autogate ini, apa jua masalah gate dan autogate kami berjaya menyelesaikannya. Hampir beribu-ribu unit rumah kami telah membuat pemasangan Tronica® arm autogate system. Kerana itu kami sentiasa diberi kepercayai dan menjadi servis yang paling terbaik untuk pemasangan autogate dan repair autogate di Lembah Klang. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.