Punca G-Force Sliding Autogate Tidak Berfungsi
Hai semua. Selamat Pagi. Kami dihubungi oleh seorang customer dari Petaling Jaya yang menghadapi masalah dengan G-Force SL1000 AC sliding autogate rumahnya. Setiap kali tekan remote autogate, autogate sliding motor hanya keluarkan bunyi “tik tik” tetapi auto gate langsung tak bergerak. Memang situasi macam ni buat orang risau, lebih-lebih lagi bila nak keluar masuk rumah jadi susah. Customer beritahu dia sudah hubungi installer asal, tetapi mereka maklumkan sudah tidak lagi buat servis untuk G-Force dan kata spare parts pun sudah tiada. Mereka cadangkan supaya tukar kepada jenama lain dan pasang autogate baru terus. Namun customer masih mahu cuba baiki dulu sebab rasa sayang nak tukar kalau masih boleh repair, jadi dia cari pakar G-Force sliding autogate dan jumpa kami.
Bila kami sampai dan buat pemeriksaan, kami dapati punca sebenar adalah masalah pada G-Force sliding autogate control panel (F5 board). Disebabkan board sudah rosak, sistem tak dapat hantar signal dengan betul kepada motor, sebab itu hanya bunyi keluar tapi gate tak bergerak. Nasib baik kami memang bawa siap spare parts autogate G-Force, jadi boleh terus gantikan F5 control panel yang baru pada hari yang sama. Selepas pemasangan dan testing dibuat, autogate kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu tukar sistem baru. Customer pun lega sebab dapat jimat kos dan tak perlu pasang autogate jenama lain.
Selepas repair gforce autogate kami teruskan pemasangan Tronica® Arm Autogate System dikawasan rumah baru di Setia Alam, sudah banyak kali lakukan pemasangan autogate rumah dikawasan sana.

Servis Baiki Dan Pasang Sliding Autogate Malaysia – G-Force dan Tronica®
Jika anda menghadapi masalah dengan sliding autogate anda, sama ada berkaitan dengan motor autogate lama atau motor autogate baru, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Kedai Autogate. Kami adalah pakar dalam penyelenggaraan dan pembaikan sistem sliding autogate, termasuk masalah yang melibatkan motor atau sistem automation yang rosak. Dengan pengalaman yang luas dan kepakaran dalam pelbagai jenis spare parts, terutamanya Gforce sliding autogate, kami dapat menangani sebarang isu yang timbul dengan cekap dan pantas. Sama ada autogate anda tidak dapat berfungsi atau perlukan penukaran komponen, pasukan kami sentiasa bersedia untuk membantu.
Kami juga berpengalaman luas dengan pelbagai jenama dan model sliding autogate seperti Tronica®, FBM, Gforce SL1000, Gforce SL2000 dan Celmer. Kalau anda guna sistem Gforce sliding gate, memang itu antara kepakaran utama kami. Dari tukar spare parts, servis berkala, wiring semula, sampai tukar motor baru, semuanya kami boleh uruskan. Kami hanya gunakan komponen yang berkualiti supaya autogate tahan lama dan tak selalu rosak. Setiap masalah akan diperiksa dengan teliti supaya punca sebenar dapat dikenal pasti, bukan sekadar repair sementara.
Apa-apa masalah pun, hubungi Kedai Autogate dan kami akan cuba selesaikan secepat mungkin, malah dalam banyak kes kami boleh buat servis pada hari yang sama. Kepuasan customer memang jadi keutamaan kami.

Kedai Autogate – Pakar Autogate Anda
Kami memang pakar bab pasang pintu pagar automatik atau baiki autogate rosak anda dengan mudah tapi berkesan. Kalau anda tak pasti apa yang perlu dibuat, cara baiki autogate motor dan how to install autogate motor yang betul. Kami juga akan pastikan sliding auto gate design, sliding auto gate malaysia yang diberikan bersesuaian dengan design gate anda dan pastikan autogate motor ini akan tahan lama. Kami adalah penyelesaian jawapan terbaik untuk semua soalan anda kerana kami adalah autogate repair expert in klang valley.
Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira sliding autogate system atau swing arm autogate system. Hubungi Jacky di 018-207 9198 sekarang untuk maklumat lanjut. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






