Autogate Tak Boleh Buka Waktu Malam – Kena Cabut Arm Guna Pagar Manual
Hai semua. Ada customer dari Klang hubungi kami pada waktu malam sebab autogate rumahnya langsung tak boleh buka. Guna autogate remote tak jalan, tekan autogate suis manual dalam rumah pun sama. Disebabkan pagar jenis folding dan tak ada pintu kecil, customer terpaksa parking kereta di luar dan panjat pagar untuk masuk ke rumah. Kereta yang ada dalam rumah pula tak boleh keluar. Bila jadi macam ni memang panik, lagi-lagi waktu malam. Customer cuba hubungi original autogate installer tapi tak dapat respon, jadi dia cari “reliable autogate repair near me” dan jumpa Sam Autogate.
Macam biasa, langkah pertama kami akan bantu troubleshoot melalui telefon dulu. Kami minta customer tutup bekalan elektrik rumah atau tutup DB selama lebih kurang 15 minit untuk reset sistem autogate, kemudian cuba buka semula. Customer ikut langkah yang kami ajar, tapi malangnya masih tak berfungsi. Dia juga buka kotak PVC autogate dan nampak control board, transformer dan receiver memang model lama. Customer cuba nak release unlock arm untuk buka pagar secara manual. Jadi kami set temujanji untuk datang awal pagi esoknya.

Troubleshooting Autogate – Tukar Beberapa Autogate Parts
Pagi lagi juruteknik kami dah sampai untuk periksa folding autogate tersebut. Selepas buat pemeriksaan penuh, kami dapati punca utama adalah auto gate control panel yang sudah rosak. Panel yang digunakan pula model lama dan memang dah tak ada spare parts dalam pasaran. Jadi memang tak boleh repair, kena tukar baru. Transformer autogate lama jenis 2 wayar juga tak sesuai untuk digunakan dengan board baru.
Dengan persetujuan customer, kami gantikan kepada S3 autogate control board bersama transformer baru jenis 12v-0v-9v-0v-12v yang sesuai. Masa periksa, kami juga dapati sistem autogate tersebut langsung tak ada backup battery. Customer ingatkan dulu dalam pakej pemasangan memang ada bateri, tapi dia tak pernah buka kotak sejak pasang. Jadi untuk elakkan masalah sama berulang terutama bila blackout, customer minta kami tambah bateri autogate sekali. Memang satu keputusan yang bijak sebab sekurang-kurangnya autogate masih boleh buka waktu bekalan elektrik terputus.
Selepas siap semua pemasangan dan testing, folding autogate kembali berfungsi seperti biasa. Keseluruhan kerja siap kurang dari 1 jam sebab kami dah biasa dan spare parts memang sentiasa ada. Customer pun lega sebab sempat keluar untuk mesyuarat penting tanpa lewat. Kami sentiasa cuba beri servis yang cepat, jujur dan berkualiti supaya customer tak perlu hadap masalah autogate terlalu lama. Kalau ada masalah autogate tak boleh buka, jangan tunggu lama cepat-cepat dapatkan bantuan sebelum jadi lebih susah.

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan
Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Klang Valley. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang Tronica® Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, welding servis an banyak lagi.
Kami ada autogate repair specialist dan mempunyai semua autogate spare parts untuk semua jenama autogate Malaysia atau jenama autogate antarabangsa. Kami memberi servis autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate.
Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





