Pembekal DCMOTO Autogate yang Sah dengan Spare Part Autogate Tulen

LATEST NEWS 

Pembekal DCMOTO Autogate yang Sah dengan Spare Part Autogate Tulen

Kami adalah pengedar sah autogate DCMOTO serta menyediakan pembaikan DCMOTO GFM-925AL dan GFM-925W. Semua spare part autogate kami adalah 100% tulen dan original. Sebagai pengedar rasmi DCMOTO, kami dapat menawarkan alat ganti autogy DCMOTO yang tulen untuk sistem autogate mereka. Ini memastikan kualiti tinggi dan keserasian ketika melakukan pembaikan atau penggantian pintu pagar automatik. Pelanggan boleh mempercayai keaslian dan kebolehpercayaan spare part DCMOTO yang kami sediakan.

baiki dcmoto gfm 925
baiki dcmoto gfm 925

Perkhidmatan Pembaikan Autogate, Menyelesaikan Masalah DCMOTO Autogate dan Jenama Autogate Lain

Baru-baru ini, kami telah membantu pelanggan dengan autogate jenama DCMOTO, terutamanya model GFM-925AL dan GFM-925w. Masalah seperti autogate gagal membuka, lock Dcmoto terkunci, atau alat kawalan remote DcMoto tidak berfungsi. Kami pakar dalam perkhidmatan pembaikan autogate, melayani semua model autogate di Malaysia, termasuk DCMOTO dan jenama terkenal lain seperti FBM, Dnor, G Force, E8, Ranger, Jackpro dan Oae. Tanpa mengira jenis autogate yang anda miliki, kami mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk membaiki autogate motor yang rosak.

Pembaikan Autogate DCMOTO di Kajang dan Bangi

Kami pergi ke Kajang awal pagi untuk membaiki autogate DCMOTO yang tidak dapat dibuka. Masalah ini turut menjejaskan kawalan jauh DCMOTO dan wireless papan board autogate lipatan, DCMOTO GFM-925w tidak berfungsi dengan baik. Pelanggan telah cuba menghubungi pemasang autogate asal, tetapi mereka tidak dapat hadir kerana tidak berada di KL dan minta dia tunggu 1 bulan. Jadi, pelanggan meminta bantuan kami untuk membaiki DCMOTO GFM-925w mereka. Kami mempunyai spare part untuk autogate DCMOTO, termasuk Panel Kawalan Elektronik MD8285 (E0052), yang kami ganti. Sekarang, pelanggan boleh pergi bekerja dengan senang hati kerana autogate berfungsi semula.

Masalah Autolock DCMOTO GFM-925W

Kami jarang mengesyorkan sistem autogate yang mengandungi autolock. Seperti salah seorang pelanggan di Taman Kipark Puchong, autolock DCMOTO mereka model a2028-auto lock gkm-86n terkunci, menyebabkan autogate DCMOTO tidak dapat dibuka. Mereka telah cuba membuka secara manual, tetapi kunci autogate berkarat dan sangat sukar dipusingkan. Ketika kami tiba untuk berkhidmat dan membaiki autogate DCMOTO, kami terpaksa memanjat pagar pelanggan untuk masuk ke tapak rumah akibat autolock DCMOTO autogate tidak lagi berfungsi. Pelanggan membuat keputusan untuk tidak menggunakan sistem autogate autolock DCMOTO lagi, kerana mereka sering menghadapi masalah tersebut.

Pakar Autogate Untuk Memperbaiki Sistem Pintu Automatik DCMOTO GFM925w Yang Rosak

Seorang pengguna di Batu Caves memintu kami servis autogate di mana bahagian kanan autogate DCMOTO GFM925w berhenti berfungsi. Pelanggan terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat keluar. Mereka mencuba menolak motor autogate DCMOTO, dan akhirnya ia mematahkan gear autogate. Kebanyakan bahagian di dalamnya diperbuat daripada plastik. Jika anda menghadapi masalah dengan autogate anda, jangan cuba untuk menolak atau menarik autogate motor dengan kuat . Lebih baik panggil tukang pembaikan autogate dengan segera. Mereka tahu bagaimana memperbaiki  masalah autogate DCMOTO dengan betul. Mencuba memperbaikinya sendiri boleh membuat perkara menjadi lebih teruk dan tidak selamat. Jadi, lebih baik serahkan kepada pakar. Mereka akan memastikan autogate anda diperbaiki dengan betul dan berfungsi dengan baik semula.

dcmoto repair
dcmoto repair

Spare Parts Autogate Sedia Ada Untuk Pembaikan Autogate DCMOTO GFM 925

Kami mempunyai stok spare part yang banyak untuk autogate GFM-925AL dan DCMOTO GFM 925W, termasuk papan kawalan,DCMOTO GFM 925W motor,  DCMOTO GFM 925W gear box, transformer, DCmoto Remote Control ganda, dan autolock. Ini membolehkan kami membaiki autogate anda pada bila-bila masa. Kami mempunyai spare part seperti Panel Kawalan Elektronik MD8285 E0052 dan Transformator Kuasa E0057 230/13/75VA untuk MD8285. Selain itu, kami mempunyai autolock model A2028-AUTO LOCK GKM-86N dan wireless keypad E0039 dengan Modul Penerima E0031-Model 3315R. Model DCMOTO GFM-925AL dan GFM-925W direka khas untuk pintu lipat dan pintu ayun.

Untuk sebarangan pertanyaan mengenai DCMOTO GFM-925AL dan DCMOTO GFM-925W, sila hubungi:

☎️Phone:  018 – 207 9198

Whatsapp: www.wasap.my/60182079198     

Website: https://kedaiautogate.com    

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU