Pasang Tronica® Autogate Di Shah Alam – Menggantikan Millie’s Autogate

LATEST NEWS 

Pasang Tronica® Autogate Di Shah Alam – Menggantikan Millie’s Autogate

Hai semua. Baru-baru ini, kami menerima aduan daripada customer yang menggunakan sistem Millie’s Autogate dan menghadapi pelbagai masalah teknikal. Salah satu kes terbaru melibatkan seorang customer dari Shah Alam yang menghadapi masalah dengan salah satu arm autogate Millie’s yang langsung tidak berfungsi, serta remote control autogate yang tidak dapat digunakan dari jarak jauh Sekarang terpaksa cabut arm autogate tersebut untuk tolak tarik pagar manual. Customer tersebut memaklumkan bahawa mereka sudah tidak mahu lagi berurusan dengan pemasang asal sistem Millie’s kerana pernah mengalami layanan yang kurang memuaskan. Atas cadangan ayahnya, customer tersebut menghubungi Kedai Autogate untuk mendapatkan bantuan. Kami segera ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mengesahkan bahawa arm sebelah kiri sistem Millie’s telah rosak dan remote receiver juga bermasalah.

Melihat kepada situasi tersebut, customer bertanya sama ada kami ada menyediakan sistem swing arm autogate yang lebih berkualiti dan boleh dipercayai. Sudah tentu kami bersedia dengan penyelesaian terbaik – iaitu sistem Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System yang memang terkenal dengan ketahanan dan prestasi yang tinggi. Kami sentiasa bersedia dengan set autogate baru dan segera menunjukkan model Tronica® kepada pelanggan, lengkap dengan penerangan terperinci mengenai spesifikasi dan kelebihannya. Sistem ini bukan sahaja diperbuat daripada bahan stainless steel yang tahan karat, malah reka bentuknya juga moden dan sesuai untuk pelbagai jenis pagar. Pelanggan sangat berpuas hati dengan penjelasan kami dan membuat keputusan untuk terus beralih kepada sistem Tronica®, kerana mereka mahukan sistem yang lebih tahan lama, mudah diselenggara, dan tidak menyusahkan seperti sistem lama mereka.

Swing Tronica Autogate Shah Alam
Swing Tronica Autogate Shah Alam

Tronica® 828 Arm Autogate Sangat Tahan Lama

Dengan melihat dan mendengar penjelasan kami, customer setuju untuk melaksanakan pemasangan autogate baru menggunakan Sistem Autogate Tronica® 828 untuk menggantikan sistem autogate Millie’s sebelumnya. Sekarang, customer tidak perlu lagi bimbang mengenai masalah kerosakan autogate kerana Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System dikenali sebagai produk berkualiti tinggi dan tahan lama. Keputusan ini dijangka memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna dengan memastikan keselamatan dan keselesaan pintu pagar automatik mereka.

Sistem autogate juga penting untuk memudahkan aktiviti harian anda, biarlah Kedai Autogate yang bantu selesaikan. Dapatkan penyelesaian yang menenangkan fikiran anda salah satunya, dengan pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama begitu juga dengan control board autogate, autogate transformer, remote receiver autogate, 433mhz remote contol dan kotak autogate yang semuanya dibuat di Malaysia.

Pasang Autogate Baru Shah Alam
Pasang Autogate Baru Shah Alam

Mencari Sistem Autogate Terbaik Untuk Rumah Anda

Jika anda merancang untuk memasang pintu pagar automatik dan berasa pening memilih autogate yang terbaik di Malaysia, kami dengan senang hati membantu anda. Tronica® Autogate adalah pilihan terbaik, terutamanya bagi mereka yang pertama kali melibatkan diri dalam pemasangan sistem autogate baru kali pertama atau menggantikan sistem autogate yang sedia ada.

Tronica® Autogate mempunyai reputasi kukuh di Malaysia kerana kebolehpercayaannya. Jenis swing arm autogate motor, Tronica® direka untuk kekal tahan lama, memastikan prestasi jangka panjang. Dengan Tronica® Autogate, anda tidak perlu risau tentang membaikinya yang kerap.

Kedai Autogate menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.