Autogate Setia Alam – Pasang Bearing Untuk Swing Auto Gate

LATEST NEWS 

Autogate Setia Alam – Pasang Bearing Untuk Swing Auto Gate

Kali ini job bukan untuk pemasangan Tronica® 727 Arm Autogate System/ Tronica® 929 Arm Autogate System atau baiki autogate motor, autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate arm. Tetapi servis kami diperlukan di Setia Alam untuk pasang gate bearing untuk swing auto gate, memang sebelum ini pagar swing tersebut memang tiada bearing.

Sesetengah rumah memang tidak dipasangkan bearing pagar oleh developer mereka. Hanya satu plate besi hinges penyampung pagar ke pillar autogate digunakan. Boleh sahaja, tak ada masalah pun, yang bertahan berpuluh dan belasan tahun, ada juga kes yang tak tahan lama, lebih-lebih lagi yang menggunakan autogate.

Berbalik pada customer tadi, bahagian penyambung itu dah hampir tercabut menyebabkan pagar sedikit jatuh tetapi kalau dibiarkan, pagar swing tersebut boleh jatuh sepenuhnya. Kami boleh weldingkan semula dan kami juga syorkan untuk pasang bearing pagar supaya bergerakkan autogate swing lebih lancar. Dan customer pun setuju untuk kami pasangkan bearing. Total 4 unit bearing pagar swing, dua unit disebelah kanan dan dua unit disebelah kiri. Kami menggunakan teknik yang betul dan pastikan proses berjalan dengan baik.

Auto Gate Bearing Repair Setia Alam
Auto Gate Bearing Repair Setia Alam

Servis Tukar Dan Baiki Pagar Autogate – Technician Berpengalaman

Ramai orang tak tahu, gate bearing memainkan peranan penting untuk pastikan pintu pagar automatik buka dan tutup dengan lancar. Kalau bearing dah haus, pecah atau tercabut, pagar autogate akan jadi sama level, berat bila nak bergerak, kadang-kadang pagar tak rapat bila ditutup dan kes lagi teruk, pagar tersebut jatuh sepenuhnya. Masalah ni tak boleh dibiarkan lama sebab lama-kelamaan ia akan rosakkan komponen lain seperti autogate pula bermasalah. Di Kedai Autogate, memang ada pelbagai jenis dan saiz bearing yang sesuai ikut keperluan pintu pagar anda. Jadi kalau autogate anda ada tanda-tanda bermasalah, jangan tunggu sampai makin teruk, terus hubungi kami.

Untuk kerja swing gate bearing replacement, ia bukan kerja mudah kerana memerlukan tenaga kerja mencukupi, kemahiran dan peralatan lengkap. Ramai installer autogate lain tak berani buat sebab mereka kurang pengalaman atau tak ada manpower untuk uruskan kerja berat ini. Tetapi team kami sudah biasa buat kerja ini dari buka bearing lama, pasang yang baru sampai pastikan alignment pintu betul-betul tepat. Kalau anda perasan pagar rumah dah tak sama level, pintu susah nak rapat atau bunyi kasar bila bergerak, itu tanda jelas bearing dah rosak. Bila kami datang, bukan saja tukar bearing, tapi juga akan buat pemeriksaan penuh untuk pastikan semuanya kembali smooth.

Perbezaan Kontraktor Autogate Lain Dengan Kedai Autogate

Perbezaan utama Kedai Autogate berbanding syarikat lain adalah kemampuan kami untuk menawarkan servis autogate yang lengkap dan menyeluruh. Kami bukan sekadar pasang autogate motor baru atau baiki motor autogate, tetapi juga pakar dalam semua komponen pintu pagar seperti roda auto gate, trek autogate, bearing gate dan hinges gate. Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami mampu kenal pasti punca masalah dengan cepat dan selesaikannya dalam satu kunjungan sahaja. Pendekatan “one stop solution” ini menjimatkan masa dan memastikan autogate anda berfungsi lancar serta selamat digunakan.

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira masalah autogate yang anda hadapi dan untuk model atau jenama autogate seperti Tronica® autogate, kron autogate, fbm autogate, dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018 – 207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 Anda juga ke youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.