Membaiki Dnor 712 Autogate Dalam Satu Lawatan Sahaja

LATEST NEWS 

Membaiki Dnor 712 Autogate Dalam Satu Lawatan Sahaja

Minggu lepas, seorang pelanggan memanggil untuk perkhidmatan membaiki pintu pagar automatik. Dalam telefon, dia memberitahu bahawa DNOR Autogatenya tidak berjalan. Kami meminta gambar gate penuh, gate kiri dan gate kanan, tetapi dia enggan menghantar gambar pintu pagar.Dengan sopannya, kami memberitahu pelanggan bahawa menghantar gambar pintu pagar membantu pasukan pembaikan kami memahami masalah Dnor swing autogate dengan lebih baik dan membaikinya dengan betul. Kami tidak akan melawat ke rumah pelangan tanpa sebarang spare part Dnor autogate. Gambar pintu pagar autogate pelanggan dapat menilai masalah Dnor 712 Autogate dengan betul.

Dnor 712 Repair Di KL
Dnor 712 Repair Di KL

Dnor Autogate Power Trip Selepas Hujan Lebat

Selepas 1 jam, pelangan menghantar gambar pintu pagar kepada Jacky. Dari gambar tersebut, kami mendapati bahawa kotak panel kawalan autogatenya telah dibalut dengan pita wayar hitam. Kontraktor autogate sebelum ini memberi penyelesaian sementara ini adalah punca masalah Dnor 712 autogate rosak. Pita wayar telah gagal berfungsi dan membenarkan air hujan menembusi kotak kawalan.

Pelangan tahu dia perlu bertindak cepat untuk membetulkan masalah DNor autogate.

Jukuteknik kami sampai ke rumahnya pada waktu petang. Dia membuka kotak autogate tersebut dan mendapati papan panel autogate telah mengalami kerosakan yang meluas. Ini mengakibatkan litar panel autogate terbakar dan, seterusnya, gangguan kuasa. Kami menggantikan panel board Dnor712 yang terbakar dan pasang kotak panel dengan betul untuk mengelakkan kemasukan air pada masa hadapan.

Dnor 712 Autogate Arm Terbakar Akibat Kecuaian Kontraktor

Dalam usaha Kedai Autogate untuk mengembalikan Dnor-712 autogate kepada keadaan berfungsi dengan baik, kami menghadapi cabaran lain. Bukan hanya kotak panel kawalannya telah diubah suai dan ditutup dengan pita wire yang rosak, tetapi kami juga mendapati bahawa lengan kanan Dnor autogatenya mengalami nasib serupa. Penyambungan pita wire yang tidak betul telah membenarkan air hujan meresap ke dalam wiring autogate. Ini menjadikan motor di bahagian kanan Dnor-712 autogate mengeluarkan asap dan tidak berfungsi. Pelangan terpaksa mengganti satu batang DNOR 712 arm yang baru kerana arm autogatnya telah terbakar.

Selepas pembaikan Dnor712, pintu pagar automatiknya berfungsi dengan sempurna semula, membuka dan menutup dengan lancar. Pengalaman ini mengajarnya betapa pentingnya memilih kedai autogate yang professional dan penyelenggaraan yang teliti jika anda ingin memasang DNor Autogate. Sungguh gembira mendengar bahawa pelanggan puas hati dengan perkhidmatan pembaikan Dnor-712 autogate kami dan berhasrat untuk mengesyorkan kami kepada seorang rakan. Kami amat gembira kerana dapat membantu dan menjimatkan wang pelanggan tanpa menukar kepada set autogate Dnor-212 baru.

Dnor 712 baiki
Dnor 712 baiki

Kedai Autogate – Memasang dan Membaiki Autogate Pelbagai Jenama

Terima kasih atas pemilihan perkhidmatan autogate servis kami, dan kami menghargai kepercayaan dan sokongan anda. Jika anda atau rakan anda memerlukan bantuan membaiki DNor Autogate, OAE 333A, KRON Autogate, E8 Autogate, Jackpro autogate, AGT autogate,FBM 929 Autogate, FBM 989 Autogate, Celmer underground autogate, Victor underground motor, Comex underground motor pada masa akan datang, jangan ragu untuk menghubungi kami.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila hubungi atau Jacky di 018-207 9198.

☎️Sila Dial : 018 – 207 9198

Whatsapp: www.wasap.my/60182079198

Website: https://kedaiautogate.com.my

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU