Banyak Kerosakan Pada Mag Underground Autogate Lama Ini

LATEST NEWS 

Banyak Kerosakan Pada Mag Underground Autogate Lama Ini

Selamat Pagi. Kalau autogate jenis underground dah mula bermasalah, memang boleh buat pening kepala. Lagi-lagi bila dah lama rosak dan terpaksa guna pagar secara manual setiap hari. Itulah yang jadi pada salah seorang customer kami di Damansara. Selama hampir sebulan, dia tak dapat guna sistem autogate sebab banyak komponen dah rosak. Nak buka pagar pun kena cabut arm besi dulu sebab underground autogate lock hilang, memang leceh dan makan masa, terutama bila nak keluar masuk rumah hari-hari.

Sebelum hubungi kami, customer memang dah tahu ada beberapa masalah pada sistem autogate lama dia. Antaranya underground autogate lock dah rosak, jadi sistem tak boleh buka macam biasa. Bila kami sampai dan buat pemeriksaan penuh, kami dapati bukan itu sahaja isu dia. Control panel pun dah bermasalah, dan motor gearbox pula dah lemah. Jadi keseluruhan sistem memang dah tak stabil dan tak sesuai untuk terus digunakan dalam jangka masa panjang.

Kami terangkan satu per satu keadaan autogate tersebut kepada customer supaya dia faham situasi sebenar. Kami juga share pilihan yang ada, sama ada nak baiki atau tukar sistem baru. Dari segi kos dan ketahanan, kami cadangkan untuk upgrade ke sistem yang lebih moden dan tahan lama. Lepas berbincang, customer setuju untuk tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System yang lebih kuat dan sesuai untuk kegunaan harian.

Underground Autogate Replacement Damansara
Underground Autogate Replacement Damansara

Keputusan Berbaloi Dengan Pasang Autogate Baru – Tronica®

Pilihan tu memang tepat sebab sistem Tronica® ni memang terkenal dengan ketahanan dan performance yang stabil. Material stainless steel buatkan ia tahan karat dan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Selain tu, sistem ni juga lebih mudah untuk maintenance dan spare parts senang nak dapat kalau ada apa-apa isu di masa akan datang. Jadi customer tak perlu lagi risau tentang masalah berulang macam sebelum ni.

Kami di Kedai Autogate memang sentiasa fokus untuk bagi servis yang cepat, jujur dan mudah faham. Setiap kerja kami akan tunjuk dan explain kepada customer supaya mereka yakin dengan apa yang dibuat. Tak kira sama ada repair atau pasang sistem baru, kami akan pastikan semuanya berjalan lancar dari awal sampai siap. Kalau autogate anda ada masalah atau dah lama tak berfungsi, jangan tunggu sampai lagi teruk, kami sedia bantu selesaikan dengan cepat dan berkesan.

Install Tronica Swing Autogate Damansara
Install Tronica Swing Autogate Damansara

Pemasangan Autogate Yang Betul – Tronica® Autogate

Apa yang membuatkan Tronica® Autogate System istemewa adalah kerana Tronica® Autogate jenis swing arm autogate berkualiti tinggi tetapi tidak terlalu mahal. Pertimbangkan untuk membuat pilihan yang bijak dengan tukar kepada Tronica® Autogate dan nikmati ketenangan yang datang dengan penyelesaian autogate yang boleh dipercayai dan berpatutan yang mempunyai sokongan tempatan. Sebab itu ramai pengguna Tronica® Autogate yang berpuas hati mereka akan syorkan kepada kenalan.

Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Supermax, Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, Mesun, DC Max, CPT, BCM, Gatium, Elock, Am Gate, X Gate, Elcom Home Access dan banyak lagi. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica® Swing Arm Autogate System.

Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.