Autogate PJ – Dapatkan Arm Autogate DC Motor Spare Parts Dengan Mudah

LATEST NEWS 

Dapatkan Arm Autogate DC Motor Spare Parts Dengan Mudah

Hai semua. Kami baru-baru ini dihubungi oleh seorang customer dari Petaling Jaya yang sedang mencari DNOR 212 arm autogate DC motor spare parts. Sudah beberapa minggu autogate rumahnya tidak berfungsi kerana dia tidak dapat mencari alat ganti yang sesuai. Memandangkan customer ini tahu sikit-sikit teknikal, dia boleh kenalpasti sendiri bahagian autogate yang rosak dan hanya perlukan spare parts untuk gantikan sendiri, tanpa perlu servis pemasangan.

Customer tersebut beritahu dia sudah cuba cari DC motor arm autogate di beberapa kedai autogate petaling jaya, tetapi semuanya tiada stok untuk model yang digunakan. Akhirnya dia hubungi kami dan kami minta hantar gambar autogate terlebih dahulu untuk pengesahan. Selepas periksa, kami sahkan spare parts tersebut memang ada dan sesuai dengan Dnor 212 arm autogate.

Pada hari yang sama juga, customer terus datang untuk dapatkan DC motor arm autogate tersebut. Masalah pun selesai tanpa perlu tunggu lama. Customer pun cakap selepas ini lebih senang untuk cari autogate spare parts dan dia akan syorkan kepada rakan-rakan yang perlukan alat ganti autogate. Kami sentiasa sedia bantu untuk anda yang nak DIY atau sekadar cari spare parts yang betul.

Perlukan Autogate Spare Parts Untuk Baiki Autogate Sendiri?

Sedang mencari autogate spare parts untuk baiki autogate sendiri? Anda memang di tempat yang betul. Kami membekalkan pelbagai jenis alat ganti autogate, daripada komponen kecil sehinggalah bahagian utama. Antara spare parts yang selalu dicari termasuk autogate arm, mini DC motor, arm coupling, PCB board, transformer, remote control set, backup battery, pinion gear, limit switch, gear, stopper, lock, gasket serta spare parts untuk underground autogate seperti mini DC motor dan gear.

Sebenarnya, bila autogate rosak, tak semestinya perlu tukar satu set sistem autogate yang baru. Dalam kebanyakan kes, masalah boleh diselesaikan hanya dengan menggantikan bahagian yang rosak sahaja. Sebab itu penting untuk guna sistem autogate yang spare parts nya mudah didapati, supaya kos pembaikan lebih jimat dan tidak menyusahkan di kemudian hari.

Ramai customer kami juga memilih untuk baiki autogate sendiri. Mereka kenal pasti punca masalah, tahu komponen mana yang rosak dan terus dapatkan autogate spare parts daripada kami. Sama ada untuk DIY atau pembaikan oleh juruteknik, kami sedia bantu dengan spare parts yang sesuai supaya autogate anda boleh berfungsi semula dengan baik.

Auto Gate Supplier & Repair Services Klang Valley – Spare Parts & Servis Pantas

Kami adalah auto gate supplier dan installer di Klang Valley yang menawarkan pelbagai servis autogate termasuk pemasangan, pembaikan autogate arm, auto gate sliding motor, dan underground swing gate system. Jika anda sedang mencari autogate spare parts, boleh terus datang ke Autogate Shop kami di Klang Valley untuk dapatkan pelbagai alat ganti yang sesuai dengan jenama dan model autogate anda. Semua spare parts yang kami sediakan adalah berkualiti dan sesuai untuk memastikan autogate anda kembali berfungsi dengan baik.

Selain itu, kami juga menyediakan servis repair autogate kecemasan. Tak kira apa jenama atau model autogate seperti Tronica®, KRON, FBM, DNOR, E8, JackPro, AGT atau OAE, juruteknik berpengalaman kami sedia datang untuk bantu selesaikan masalah dengan cepat dan cekap. Kami komited untuk pastikan autogate anda berfungsi semula tanpa lengah dan memberi anda ketenangan minda setiap hari.

Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.