Kedai Autogate Tawarkan Servis OAE Autogate Dengan Spare Parts Tersedia
Selamat pagi! Salah satu soalan paling kerap kami terima daripada pelanggan, terutamanya yang menggunakan sistem OAE Autogate, ialah “Adakah kedai autogate masih boleh baiki OAE Autogate System?” Jawapan kami sudah tentu boleh! Kami di Kedai Autogate adalah pengedar dan pakar dalam sistem OAE Autogate, termasuk model popular seperti OAE 333A. Kami bukan sahaja menyediakan pemasangan, malah turut menawarkan servis pembaikan lengkap serta menyimpan spare parts asli untuk model-model OAE. Jadi, jika sistem autogate anda mengalami masalah seperti tidak dapat dibuka, tidak responsif, atau kerosakan pada control panel, motor atau komponen lain kami sedia membantu menyelesaikannya dengan cepat dan berkesan.
Ramai customer, seperti seorang dari Kajang baru-baru ini, berasa lega apabila berjaya menghubungi kami setelah beberapa kontraktor lain menolak untuk membaiki sistem OAE mereka. Ada yang menyatakan bahawa OAE adalah jenama lama dan sudah tidak dijual di pasaran, lalu terus menyarankan pemasangan autogate set baru. Namun, hakikatnya ialah kebanyakan kontraktor mungkin tidak mempunyai spare parts untuk OAE atau lebih mengutamakan pemasangan baru kerana ia lebih mudah dan menguntungkan. Nasib baik pelanggan ini terus mencari dan akhirnya menemui pakar sebenar OAE Autogate iaitu kami, Kedai Autogate. Kami yakinkan beliau bahawa jenama OAE masih relevan, spare parts masih boleh didapati, dan kami mempunyai kepakaran untuk membaiki sistem tersebut tanpa perlu membazir dengan pemasangan baru yang belum tentu diperlukan.
OAE 333A Arm Autogate Sebelah Tidak Berfungsi
Setelah kami melakukan troubleshooting penuh terhadap sistem OAE Autogate milik pelanggan dari Kajang, kami dapati bahawa hanya bahagian OAE 333A arm autogate sahaja yang mengalami kerosakan. Komponen lain seperti control panel, transformer, dan remote receiver masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi seperti biasa. Oleh itu, kami mencadangkan untuk menggantikan hanya bahagian yang rosak dengan OAE 333A arm autogate yang original dan baru. Selepas penggantian selesai, sistem swing autogate customer kembali berfungsi dengan lancar seperti sediakala. Ini bukan sahaja menjimatkan kos baiki autogate, tetapi juga memastikan sistem sedia ada masih dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa perlu menggantikan keseluruhan set.
Buat masa ini, customer memilih untuk membaiki dahulu kerana ingin mengawal bajet dan mengambil kira bahawa kebanyakan komponen masih lagi dalam keadaan baik. Pendekatan ini lebih praktikal dalam jangka pendek. Namun begitu, selepas ini customer turut menyatakan minat untuk menaik taraf kepada sistem autogate yang lebih moden dan tahan lasak. Kami telah mencadangkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, sebuah sistem heavy-duty yang sangat sesuai untuk penggunaan jangka panjang serta mudah diselenggara. Sistem ini bukan sahaja lebih kukuh dan tahan cuaca, malah autogate spare parts nya juga mudah diperoleh.
OAE Autogate Spare Parts Baru Dan 100% Asli
Kepada pengguna sistem autogate OAE, kami mempunyai bahagian-bahagian ganti autogate OAE untuk membantu menyelesaikan masalah autogate OAE anda, termasuk oae arm auto gate, oae autogate dc motor, oae autogate control panel, oae autogate transformer, oae autogate remote control dan oae autogate components yang lain. Yang pasti, bahagian-bahagian ganti autogate OAE yang kami sediakan adalah baru dan 100% original.
Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki autogate arm, pembaikan remote autogate, repair autogate control panel, pemasangan autogate Tronica®, penggantian roda autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.