Kami Cuba Seawalnya Untuk Datang Baiki Autogate Anda
Selamat Pagi. Malam semalam kami menerima panggilan kecemasan daripada seorang customer di Kajang. Masalahnya agak serius sebab sliding autogate G-Force AC yang dipasang di rumahnya langsung tidak boleh dibuka, sama ada menggunakan remote control ataupun switch autogate dalam rumah. Disebabkan itu, dia terpaksa parking kereta di luar pagar dan panjat pagar untuk masuk, sebab di pagar rumahnya memang tiada pintu kecil (wicket gate). Bayangkan betapa susahnya keadaan itu, tambahan pula bila malam-malam dan kawasan agak gelap. Customer cuba hubungi installer asal autogate, tapi malangnya tak dapat dihubungi. Akhirnya dia cari di Google “reliable autogate repair near me” dan jumpa kami, Kedai Autogate.
Macam biasa, langkah pertama kami akan guide customer untuk reset autogate dengan cara tutup suis elektrik utama atau DB rumah dalam 15 minit, kemudian buka semula. Kadang-kadang cara ini boleh hidupkan semula autogate jika masalah kecil. Tapi customer sudah cuba ikut arahan kami, malangnya masih tak berjaya. Dia juga cuba nak cabut arm autogate untuk buka pagar secara manual, tapi sebab tak ada peralatan yang sesuai, usaha tu tak berjaya. Disebabkan esok pagi dia ada mesyuarat penting, kami terus tetapkan temujanji untuk datang ke rumahnya awal pagi.

G-Force Autogate Tersedia – Terus Gantikan Parts Yang Bermasalah
Keesokan harinya, seawal pagi kami sampai di rumah customer untuk periksa masalah. Selepas buat pemeriksaan menyeluruh, kami dapati punca utama ialah control panel autogate yang sudah rosak. Jadi kami terus keluarkan spare parts yang memang kami bawa siap-siap dan gantikan dengan yang baru. Ini penting, sebab kalau technician datang tapi tak ada spare parts, masalah jadi lambat selesai. Dengan adanya stok lengkap, kerja repair jadi lebih cepat.
Selain masalah control panel, customer juga mengadu tentang remote autogate yang sangat menyusahkan. Katanya, remote hanya berfungsi kalau tekan banyak kali dan kena berdiri dekat dengan kotak autogate baru pintu boleh buka. Berbeza dengan rumah adiknya, hanya tekan sekali saja remote dah respon, malah boleh buka dari jarak jauh (sejauh 3 rumah). Untuk selesaikan masalah ini, kami cadangkan dan terus pasang set remote autogate berkualiti tinggi 433mhz yang datang dengan 1 receiver dan 3 unit remote control. Dengan ini, remote lebih sensitif dan boleh digunakan dari jarak yang lebih jauh.
Akhirnya, dalam masa kurang daripada 1 jam saja semua masalah dapat diselesaikan. Sliding autogate kembali berfungsi seperti biasa, dan customer pun sempat keluar menghadiri mesyuarat pentingnya tanpa sebarang kelewatan. Dia sangat lega dan puas hati sebab masalah yang membebankan dari malam tadi berjaya kami selesaikan dengan cepat. Inilah kelebihan bila anda hubungi kami – juruteknik yang berpengalaman, pemeriksaan yang teliti, dan spare parts autogate yang sentiasa tersedia. Kami sentiasa berusaha memberikan servis terbaik supaya pelanggan boleh guna autogate mereka dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan
Kami ada autogate repair specialist dan mempunyai semua autogate spare parts untuk semua jenama autogate Malaysia atau jenama autogate antarabangsa. Kami memberi servis autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Sekiranya anda ingin lakukan pemasangan autogate baru, kami snagat syorkan Tronica® Autogate System.
Kami memang pakar bab pasang pintu pagar automatik atau baiki autogate rosak anda dengan mudah tapi berkesan. Kalau anda tak pasti apa yang perlu dibuat, cara baiki autogate motor dan how to install autogate motor yang betul. Kami juga akan pastikan sliding auto gate design, sliding auto gate malaysia yang diberikan bersesuaian dengan design gate anda dan pastikan autogate motor ini akan tahan lama. Kami adalah penyelesaian jawapan terbaik untuk semua soalan anda kerana kami adalah autogate repair expert in klang valley.
Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate termasuk pelbagai jenis seperti sliding autogate, swing arm autogate dan folding arm autogate. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






