Folding Auto Gate Wheels Solution
Folding auto gate memang akan ada masalah dengan roda bawah autogate, kebanyakan masalah roda autogate melompat keluar daripada trek ataupun roda autogate tercabut sebab apabila bearing dalam pecah, ia tidak boleh berpusing dengan baik dan lama kelamaan akan tercabut. Tapi jika menggunakan roda autogate yang berkualiti dengan teknik yang betul, ambil masa untuk masalah ini terjadi. Sepanjang menggunakan folding auto gate berapa kali anda telah menggantikan roda tayar autogate tersebut? Adakah setiap beberapa bulan ataupun setiap tahun roda autogate rosak dan perlu digantikan? Jika ini berlaku kepada anda, cuba untuk cari penyelesaian dengan mendapatkan roda autogate berkualiti tinggi, menggunakan teknik yang betul untuk tukar roda autogate tersebut dengan mereka yang berpengalaman.
Why The Auto Gate Wheel Always Having Problem?
Dari apa yang customer ini beritahu, boleh dikatakan hampir setiap tahun kena tukar roda autogate, selalu tercabut. Dan customer panggil orang yang sama iaitu gate contractor untuk lakukannya dan mereka cakap ini masalah normal untuk penggunakan folding auto gate. Baru beberapa bulan tukar roller autogate, ianya tercabut semula dan mereka datang betulkan. Sekarang apabila tercabut lagi, customer hubungi mereka tapi macam-macam alasan mereka bagi, akhir sekali hubungi tak dapat. Roda autogate tercabut, maksudnya autogate tidak boleh buka tutup dengan sempurna dan customer perlukan penyelesaian yang cepat. Ada jiran yang nampak situasi customer dan syorkan untuk hubungi KA Autogate Repair. Kata jiran dulu pun dia hadapi masalah yang sama, selalu kena tukar roda autogate tapi selepas dapatka service auto gate roller replacement dari KA Autogate. Sekarang hampir 3 tahun tiada masalah.
Kenapa customer selalu kena gantikan roda autogate. Ini kerana setelah kami lakukan pemeriksaan, gate kontraktor tak tukar bearing roller. Bearing roller ini akan dipasang dibahagian dalam pintu pagar (hollow) dan memerlukan lebih kerja untuk mengeluarkan dan menggantikannya, kena potong sedikit pintu pagar untuk keluarkannya dan untuk pasangkan bearing roller yang baru, masuk dalam hollow gate dan welding untuk lekatkan ia. Mungkin kontraktor tidak mahu banyak kerja, ingin kerja senang, cuma gantikan roda autogate sahaja. Sebab itu roda autogate selalu bermasalah atau tercabut. Jadi sekiranya customer kerap panggil mereka untuk ganti roda autogate, mereka akan dapat bayaran berterusan.
We Only Use High Quality Auto Gate Wheel
KA Autogate menggunakan high quality stainless steel auto gate roller 304, walaupun pintu pagar jenis besi, boleh sahaja menggunakan stainless steel autogate wheel, lebih baik sebab tahan karat jadi ia akan tahan lama. Teknik betul digunakan untuk ganti roda autogate. Kami juga gantikan seluruh komponen roda autogate termasuk bearing dalam dibahagian hollow pintu pagar. Kami ingin pastikan customer dapat menggunakan produk kami lama tanpa masalah.
Penting untuk dapatkan reliable autogate services walaupun untuk menggantikan roda autogate ini kerana, mereka akan memberikan kualiti kerja yang terbaik dengan menggunakan produk autogate yang berkualiti tinggi, teknik yang betul digunakan dan jujur dalam melakukan pekerjaan. Itu yang KA Autogate sentiasa berikan.
Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198
Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.
Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.
Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!
Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.
Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198. Kami sedia membantu.