Dooxmex Underground Autogate Gearbox Motor Rosak
Hai semua. Kami dihubungi customer daripada Bukit Jelutong Shah Alam untuk lakukan Doormex underground autogate service sebab sebelah swing autogate underground hanya buka separuh sahaja, jadi susah untuk keluarkan kereta. Tambahan Doormex underground autogate itu pun sudah lama, hampir 13 tahun dan tengok keadaan cover juga sudah tahu. Dari masalah underground swing autogate yang customer beritahu kami sudah boleh agak apa puncanya. Buka sahaja underground autogate motor cover, ianya penuh dengan air dan telah merosakan underground autogate gearbox. Tengok sahaja keadaan seperti itu, customer tanya masih boleh dibaiki? Jika ingin baiki, fikirkan mengenai spare parts dan harga baiki autogate underground adakah berbaloi. Kami juga ada syorkan pemasangan autogate baru. Jadi kami terangkan dengan detail mengenai masalah, produk, pemasangan dan harga.
Setelah itu, customer buat keputusan untuk dapatkan sistem autogate baru, swing arm autogate system iaitu Tronica 929 Arm Autogate System. Itu adalah keputusan yang paling tepat. Dengan pemasangan autogate baru, ia akan memberi ketenangan kepada anda tanpa memikirkan masalah autogate lagi.
Kos Baiki Underground Autogate Lama Sangat Tidak Berbaloi
Kebanyakan kerosakan pada sistem underground autogate berpunca daripada kemasukan air ke dalam komponen penting seperti gearbox dan motor autogate itu sendiri. Sistem underground autogate yang terletak di bawah tanah lebih terdedah kepada kelembapan, dan apabila terdapat sebarang bahagian yang longgar atau rosak, air dengan mudah dapat masuk dan merosakkan komponen utama tersebut. Akibatnya, motor dan gearbox autogate boleh mengalami kerosakan teruk, menjadikannya sukar untuk beroperasi dengan baik.
Selain itu, kos untuk membaiki underground autogate yang sudah lama juga sering kali tidak berbaloi, kerana sistem autogate lama cenderung mempunyai komponen yang lebih mudah rosak dan kurang efisien. Sebagai contoh, mungkin pada satu masa anda hanya perlu membaiki sebelah kanan sahaja, tetapi dalam masa beberapa hari, bahagian sebelah kiri pula mengalami kerosakan yang sama. Ini menunjukkan bahawa sistem yang sudah usang dan sering mengalami masalah tidak lagi mampu memberikan kepuasan jangka panjang. Dalam banyak kes, kos membaiki sistem underground autogate lama boleh jadi lebih tinggi daripada kos memasang sistem autogate baru yang lebih moden dan lebih tahan lama.
Tambahan pula, spare parts underground autogate lama kini semakin sukar didapati kerana permintaan terhadapnya yang semakin berkurangan. Kebanyakan pengeluar kini lebih fokus kepada teknologi autogate terkini, menjadikan spare parts untuk model lama semakin terhad dan mahal. Oleh itu, menggantikan sistem yang sudah usang dengan sistem autogate baru seperti Tronica Autogate boleh menjadi pilihan yang lebih bijak.
Jenama Autogate Pilihan Ramai – Tronica Autogate
Kami hanya membekalkan autogate terbaik dengan harga pemasangan autogate yang berpatutan dimana harga autogate rumah 2024 anda akan dapat jenama autogate terbaik 2025 seperti Tronica 929 Arm Autogate System. Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, Kedai Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Kami cover pemasangan dan baiki autogate di seluruh Selangor dan KL.
Kedai Autogate menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk memasang autogate baru anda dengan betul bagi prestasi yang optimum, semuanya pada harga autogate murah yang munasabah. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di 018-207 9198 or via WhatsApp at www.wasap.my/60182079198 dan lihat video kami di YouTube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.