Dnor 712 Arm Autogate Rosak? Kami Tukar Sebelah Sahaja

LATEST NEWS 

Dnor 712 Arm Autogate Rosak? Kami Tukar Sebelah Sahaja

Hai semua. Pagi ini kami berada di Seri Kembangan untuk bantu seorang pelanggan yang hadapi masalah dengan sistem Dnor 712 arm autogate miliknya. Menurut cerita pelanggan, dia ada hubungi semula installer asal yang dulu pasang sistem autogate tu. Melalui telefon, installer janji boleh baiki. Tapi bila mereka datang ke rumah, terus beritahu bahawa autogate Dnor 712 tu dah tak boleh dibaiki kononnya arm dah rosak teruk dan mereka pun dah tak buat servis jenama Dnor. Mereka siap cadang tukar ke sistem baru jenama lain, katanaya lebih murah dan senang cari spare part. Tapi pelanggan rasa kurang yakin dan belum bersedia untuk tukar satu sistem baru.

Pelanggan kemudiannya buat keputusan untuk cari pakar yang memang tahu repair Dnor autogate dan bukan semata-mata nak jual autogate baru. Setelah buat carian online dan tanya beberapa kenalan, akhirnya dia hubungi kami di Kedai Autogate. Bila kami dengar masalahnya dan tahu jenis model yang digunakan, kami terus yakin boleh bantu sebab kami memang ada stok dnor autogate spare parts. Bila kami sampai dan buat pemeriksaan, kami dapati sebenarnya bukan keseluruhan sistem rosak cuma sebelah arm saja yang bermasalah. Arm tu masih berpusing, tapi shaft tak keluar, sebab tu pintu tak bergerak.

Tanpa buang masa, kami terus tukar sebelah arm tersebut dengan Dnor 712 arm autogate original yang baru. Selepas pemasangan dan testing, autogate kembali berfungsi seperti biasa. Pelanggan sangat lega dan gembira sebab tak perlu tukar keseluruhan sistem pun.

Autogate Arm Dnor Repair Seri Kembangan
Autogate Arm Dnor Repair Seri Kembangan

Autogate Brand Highly Recommended by Us

Ramai orang fikir bila autogate rosak terus kena tukar semua, padahal kadang-kadang cuma satu bahagian saja yang rosak. Jadi kalau anda alami situasi sama, jangan cepat buat keputusan tukar baru hubungi kami dulu, kami akan bantu periksa dan baiki jika masih boleh diselamatkan. Jimat kos, jimat masa, dan yang penting, autogate anda berfungsi semula seperti biasa.

Pelangan ada tanya, apa jenis autogate terbaru untuk autogate tahun 2025, kami terangkan berkenaan Tronica® Autogate System. Dalam masa beberapa tahun terdekat ini customer akan menggantikan pintu pagar swing yang baru dan akan hubungi semula untuk dapatkan Tronica® Autogate System. Customer yakin dengan servis autogate kami yang cepat dan berkesan.

Dnor 712 Arm Autogate Seri Kembangan
Dnor 712 Arm Autogate Seri Kembangan

We Keep Many Autogate Spare Parts (Current And Obsolete Models)

Untuk semua model seperti underground swing autogate atau arm autogate dan jenama autogate yang kami gunakan antaranya Tronica®, KRON autogate, OAE autogate, dnor 712 auto gate, dnor 212, dnor 212k, e8, victor, mag, digicraft autogate dan banyak lagi, kami akan menyimpan autogate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri. Spare parts autogate sangatlah penting, jika autogate bermasalah boleh hanya menggantikan bahagian yang rosak dan tidak perlu setiap kali autogate bermasalah, kena tukar kepada sistem autogate baru. Sebab itu kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mencari auto gate services Klang Valley? Nak baiki autogate dan pasang autogate? Kedai Autogate ada penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, kami memang specialist for autogate. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.