Cuba Kosongkan Hari Anda Untuk Temu Janji Servis Autogate

LATEST NEWS 

Cuba Kosongkan Hari Anda Untuk Temu Janji Servis Autogate

Kami memahami bahawa setiap customer ingin masalah autogate mereka diselesaikan dengan segera. Sebagai penyedia perkhidmatan, kami juga berusaha untuk memberikan servis baiki autogate yang cepat dan berkesan, namun ada kalanya keadaan yang tidak dapat dijangka mempengaruhi masa penyelesaian masalah. Sebagai contoh, jika kami telah menetapkan temu janji pada pukul 2 petang, ia mungkin berubah, sama ada menjadi lebih awal atau lebih lambat, bergantung pada keadaan kerja customer sebelumnya. Jika customer sebelumnya hanya memerlukan penggantian arm autogate yang lama dan prosedurnya lancar, kami dapat menyelesaikannya dengan cepat. Namun, jika terdapat masalah lain seperti kerosakan pada arm autogate yang memerlukan proses welding autogate, ini tentunya akan memakan lebih banyak masa.

Oleh itu, kami ingin memohon pengertian dari pihak customer untuk lebih fleksibel mengenai waktu temu janji yang telah ditetapkan. Kami mengesyorkan agar customer mengosongkan hari tersebut bagi memastikan mereka tersedia sepanjang masa untuk kami tiba. Kami faham bahawa setiap orang mempunyai jadual yang padat, tetapi dengan memberi ruang lebih untuk temu janji tersebut, kami dapat memastikan bahawa kami tidak tergesa-gesa dan dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada penyelesaian masalah autogate anda. Ini juga memudahkan kami untuk menyelesaikan sebarang isu teknikal tanpa gangguan waktu yang ketat.

Sekiranya customrt merasakan mereka tidak dapat meluangkan masa yang cukup pada hari yang telah ditetapkan, kami dengan senang hati akan menjadualkan semula temu janji ke waktu yang lebih sesuai. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan berkesan, namun kadang-kadang fleksibiliti dan kesediaan pelanggan untuk memberi ruang pada hari tersebut amat penting bagi memastikan kerja kami dapat diselesaikan dengan baik. Kami berharap agar pelanggan dapat memahami keadaan ini dan memberi kerjasama untuk memastikan segala masalah autogate dapat diselesaikan dengan cepat dan memuaskan.

Servis Baiki Autogate Wangsa Maju
Servis Baiki Autogate Wangsa Maju

Kami Terpaksa Untuk Sehingga Pelanggan Balik Rumah Untuk Kerja Pasang KRON Autogate Dan tukar Roda Autogate

Seperti yang terjadi kepada kami hari ini dimana, memang pada mulanya appointment 2 petang oleh customer di Wangsa Maju ini. Sebelumnya itu, kami ke Mahkota Cheras untuk gantikan satu unit KRON arm autogate dan tidak ambil masa yang lama untuk lakukannya. Jadi kami boleh ke rumah customer terusnya lebih awal. Tetapi customer berapa jauh dari rumah, meeting di Putrajaya, jadi kami terpaksa tunggu customer balik rumah dan ianya membuang masa kami menunggu dan delay untuk rumah customer yang lain. Tambahan banyak kerja yang perlu dilakukan iaitu pemasangan KRON 929 Arm Autogate System dan replace stainless steel auto gate roller. Seperti yang kami beritahu, waktu boleh berubah, lagipun sekarangkan pun hujan. Banyak appointment yang sudah lari.

Sebab itu kami minta customer untuk lebih faham dan set appointment untuk baiki pagar autogate dulu, kosongkan appointment pada hari itu. Terima kasih atas kerjasama anda.

Pasang Autogate Wangsa Maju
Pasang Autogate Wangsa Maju

Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Seperti Sedia Kala

Kami fahami masalah autogate boleh mendatangkan kesukaran lebih-lebih lagi apabila cuba hubungi original autogate installer tapi tak dapat. Jika ini terjadi kepada anda, kami sedia membantu. Kami mengutamakan kecepatan dan kecekapan dalam servis kami. Kami tahu bahawa masalah dengan autogate boleh menyusahkan, dan oleh itu, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa masalah tersebut diselesaikan dengan segera apabila kami tiba. Anda tidak perlu menunggu berhari-hari atau minggu untuk mendapatkan servis autogate yang diperlukan.

Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor 712, Dnor 212, RDS, Jackpro dan banyak lagi.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki autogate control panel, baiki autogate remote control, tukar roda tayar autogate, pemasangan KRON autogate dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.