Boleh Tukar 1 Unit Arm Autogate Rosak Sahaja
Selamat Petang. Kami dihubungi customer daripada Putra Height Subang Jaya yang ini yang menghubungi kami berkenaan masalah autogate arm sebelah kiri bermasalah, tak boleh berfungsi dengan baik, kena push sedikit arm barulah ia boleh bergerak dan ini menyusahkan. Itu yang customer inginkan penyelesaian cepat untuk menggantikan arm autogate yang rosak. Apabila melihat gambar arm autogate yang customer bagi, customer menggunakan salah satu produk kami autogate dan memang kami ada spare parts untuk stainless steel arm autogate tersebut walaupun sudah lama, rasanya lebih 7 tahun. Komponen motherboard autogate, transformer autogate, remote control autogate dan kotak autogate digunakan guna yang asal punya. Kata customer, sebelah kanan juga sudah lama dan risau jika tiba-tiba ianya rosak.
Jadi kami datang ke rumah customer hari ini untuk pasang Tronica®-828 Stainless Steel arm autogate, gantikan arm autogate lama. Semasa pemasangan dilakukan, customer tanya jika kami boleh gantikan bateri autogate, mestilah boleh, kami bawa autogate spare parts yang lain juga, jadi boleh berikan semua permintaan customer. Sekarang folding auto gate customer bergerak dengan sangat lancar.

Stok Spare Parts Arm Autogate Tersedia – Hubungi Kami Hari Ini
Ramai orang ingat kalau satu bahagian arm autogate rosak, mesti kena tukar satu set terus iaitu dua-dua belah arm. Sebenarnya tidak semestinya begitu. Dalam banyak kes, arm autogate boleh diganti sebelah sahaja selagi model tersebut masih ada di pasaran atau masih ada spare parts arm autogate yang sesuai. Kadang-kadang boleh tukar dengan model arm autogate yang sama dan ada juga kes boleh guna model lain yang masih compatible dengan sistem autogate sedia ada. Perkara ini bergantung kepada jenis autogate, control board dan juga cara pemasangan asal sistem tersebut.
Sebab itu penting untuk dapatkan technician atau installer autogate yang berpengalaman. Technician yang biasa buat servis autogate akan tahu sama ada arm tersebut boleh diganti sebelah sahaja atau perlu tukar kedua-duanya sekali. Ada juga situasi dimana installer terus cadangkan tukar satu set baru tanpa periksa dengan betul. Sebelum buat keputusan, sebaiknya tanya dahulu dan minta penjelasan kenapa perlu tukar semua sekali. Kadang-kadang sebenarnya hanya satu arm sahaja yang rosak dan masih boleh diganti tanpa perlu keluarkan kos yang terlalu besar.
Di Kedai Autogate, kami sentiasa cuba berikan penyelesaian yang paling sesuai dengan keadaan autogate customer. Kami ada simpan pelbagai spare parts autogate termasuk arm autogate, jadi jika hanya satu bahagian rosak, kami boleh bantu gantikan bahagian tersebut sahaja. Team technician kami akan datang buat pemeriksaan dahulu untuk kenal pasti punca sebenar masalah. Jika boleh tukar satu arm sahaja, kami akan cadangkan cara itu supaya lebih jimat. Tetapi jika kedua-dua arm sudah rosak atau terlalu lama digunakan, barulah kami akan sarankan tukar satu set baru supaya autogate boleh berfungsi dengan lebih lancar dan tahan lama.

Apa Cuba Baiki Untuk Jenama Autogate Anda Gunakan
Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti Tronica®, kron, fbm, dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate, millie’s autogate ataupun oae autogate.
Betul, hubungi sahaja Kedai Autogate, kami dapat menyelesaikan semua masalah autogate anda. Kami akan terangkan dengan detail apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kami ada semua auto gate spare parts. Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





