Banyak Bahagian Underground Autogate Yang Rosak
Hai semua. Baru-baru ni kami dapat panggilan daripada seorang customer di SS Subang Jaya yang menghadapi masalah dengan sistem Supermax Underground Swing Autogate lama yang dia pakai. Katanya beberapa bulan lepas dia dah pun tukar satu set gearbox underground sebelah kiri, kontraktor yang baiki sebelum ini tu guna gearbox secondhand jenama lain (Powergates). Masa tu semua nampak ok, tapi tak lama lepas tu rosak balik. Underground autogate sebelah kanan langsung tak bergerak, dan sebelah kiri pula cuma buka separuh sebelum berhenti. Lagi satu masalah, center lock pun rosak bila pagar tutup, lock tak turun. Lebih menyusahkan, kontraktor yang buat kerja tu pula langsung tak dapat dihubungi.
Dari cerita customer tu, kami dah boleh agak apa puncanya. Jadi bila kami sampai, kami buka cover underground motor untuk periksa dengan lebih jelas. Sekali buka, memang terkejut bahagian dalam penuh air! Memang confirm kedua-dua gearbox dah rosak, termasuk yang baru ditukar beberapa bulan lepas. Kebiasaannya benda macam ni berlaku bila kontraktor tak pasang balik cover dengan betul atau tak tukar gasket lama. Bila gasket tak rapat, air senang masuk bila hujan atau bila lantai basah. Underground autogate memang sensitif kalau kena air.
Bila customer nampak sendiri keadaan dalam tu, dia terus tanya, “Boleh selamat lagi ke? Boleh repair tak?”. Jawapan jujur kami memang tak berbaloi nak repair. Sistem underground macam ni bila dah mula kena air, memang akan jadi masalah berulang. Baiki pun tak tahan lama, dan kos dia pun tinggi. Kadang-kadang repair sekali dua dah hampir sama harga dengan pasang autogate baru. Jadi daripada customer asyik keluar duit, lebih baik cari penyelesaian yang betul-betul tahan lama.

Penyelesaian Underground Autogate Lama – Pasang Autogate Baru Tronica® 828
Kami syorkan customer untuk beralih kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, sebab sistem arm jauh lebih tahan lasak, senang servis dan tak terdedah kepada masalah air macam underground system. Tronica® pula memang terkenal sebagai heavy duty dan banyak customer kami guna tanpa masalah bertahun-tahun. Customer pun setuju bila fikir balik dia dah dua kali kena rosak dalam masa beberapa bulan, jadi tak nak ulang benda yang sama lagi.
Akhirnya customer buat keputusan untuk tukar terus ke sistem baru. Hari yang sama juga kami lakukan pemasangan Tronica® 828 Arm Autogate. Bila siap pasang dan test, semuanya smooth dan kuat. Customer lega sangat sebab tak perlu pening lagi dengan masalah underground yang asyik rosak. Dia cakap kalau dia tahu dari awal macam ni, dah lama dia tukar ke sistem arm. Yang penting sekarang, autogate dia lebih stabil, lebih tahan dan mudah nak servis bila perlu.

Tronica® Arm Autogate System Sangat Sesuai
Ramai yang dulu menggunakan underground swing autogate system telah tukar kepada swing arm autogate system. Kebanyakan masalah underground autogate adalah dimasuki air, sebab iakan berada dibawah, sekiranya ada bahagian yang sudah longgar, air mudah masuk dan akan merosakkan underground auto gate gearbox dan dc motor autogate. Tronica® Autogate adalah penyelesaiannya, kami mempunyai reputasi kukuh di Malaysia kerana kebolehpercayaannya. Jenis swing arm autogate motor, Kron direka untuk kekal tahan lama, memastikan prestasi jangka panjang. Autogate Kron direka untuk menangani hujan, jadi autogate anda akan berfungsi, hujan atau panas. Dengan Tronica® Autogate, anda tidak perlu risau tentang membaikinya yang kerap atau kebocoran air yang mempengaruhi prestasi pagar anda.
Kedai Autogate menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk memasang autogate baru anda dengan betul bagi prestasi yang optimum, semuanya pada harga autogate murah yang munasabah. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





