Baiki DCMoto GFM-925AL Autogate Tak Boleh Buka Di Damansara

LATEST NEWS 

Baiki DCMoto GFM-925AL Autogate Tak Boleh Buka Di Damansara

Servis autogate dcmoto kami diperlukan di Damansara dimana DCMoto GFM-925AL yang customer gunakan tidak dapat berfungsi, tak boleh buka. Dari apa yang customer beritahu, autogate green machine dcmoto 925w sudah agak lama digunakan. Ada hubungi original autogate install dcmoto925w, tetapi mereka sudah tak buat dcmoto lagi, guna jenama autogate lain dan ada syorkan customer pasang autogate set baru guna jenama autogate yang mereka gunakan. Kalau boleh customer ingin repair service DCMoto GFM 925w terlebih dahulu sebab ini kali pertama rosak. Customer juga kesal oleh kerana original autogate installer dcmoto925w sendiri tidak dapat membaikinya.

Apabila menghubungi kami, customer terus tanya jika kami baiki dcmoto autogate. Jangan risau dcmoto autogate spare parts. Kami datang pada hari yang sama dan selesai menggantikan DCMoto GFM-925w E0052-Electronic Control Panel MD8285 dan sekarang DCMoto GFM-925AL autogate berfungsi semula seperti biasa. Customer ada inform kami selepas ini jika dcmoto autogate motor rosak, akan hubungi kami untuk pemasangan set Tronica autogate baru dengan heavy duty autogate system sebab customer tahu untuk DCMoto autogate repiar cost agak tinggi lebih-lebih jika dcmoto punya motor gearbox yang rosak.

DCMoto Autogate Services Damansara
DCMoto Autogate Services Damansara

DCMoto925 Autogate Spare Parts Tersedia

Kami memang banyak menerima panggilan daripada pengguna DCMoto GFM-925W, DCMoto GFM-925AL atau orang panggil juga DCMoto Green Machine, terutama sekali dari sekitar Lembah Klang. Ramai yang minta kami datang sebab autogate mereka tiba-tiba tak berfungsi. Ada yang rosak pada control panel, ada juga yang perlu buat setting semula autogate, tukar motor baru atau baiki lock problem dan remote autogate. Dalam banyak kes, kami juga bantu tukar sistem DCMoto lama kepada Tronica® Arm Autogate System yang lebih tahan lasak dan sesuai untuk jangka panjang.

Untuk anda yang mungkin tak tahu, DCMoto GFM-925 ialah sejenis mountain pillar autogate system yang agak popular di Malaysia. Tapi hakikatnya, sistem ni bukan jenis heavy duty, jadi kurang sesuai kalau pintu pagar rumah anda besar atau berat. Banyak komponen dalaman DCMoto dibuat daripada bahan plastik, sebab tu bila dah lama digunakan, ia mudah pecah atau haus. Bila nak cari spare parts, agak susah dan kalau ada pun harganya mahal. Tambah pula, bukan semua installer atau repairer tahu cara betul nak baiki autogate DCMoto, jadi kadang-kadang masalah kecil pun boleh ambil masa lama nak diselesaikan.

Tapi anda tak perlu risau, sebab kami memang pakar dalam servis DCMoto autogate. Kami ada pengalaman lama membaiki pelbagai model autogate termasuk DCMoto, jadi tahu apa punca biasa dan cara nak selesaikan dengan cepat. Kalau autogate anda ada masalah tak buka, tersekat, atau remote tak berfungsi boleh terus hubungi KedaiAutogate untuk set temujanji. Kami akan datang periksa dan bantu anda dapatkan penyelesaian terbaik, sama ada baiki atau cadangkan sistem baru yang lebih tahan lama dan sesuai dengan penggunaan rumah anda.

DCMoto GFM925 Autogate Repair Damansara
DCMoto GFM925 Autogate Repair Damansara

Baiki Autogate Untuk Pelbagai Jenama – Pakar DCMoto

Kami mempunyai spare parts autogate untuk dcmoto gfm 925 dalam kuantiti yang banyak seperti dcmoto 925w gearbox MB203-Gear Box Model: HT-932Z, dcmoto 925 motor MM205-Gear Motor Model: DGGM903G/7, dcmoto gfm autogate control board E0052-Electronic Control Panel MD8285, dcmoto gfm-925wauto gate transformer E0057-Power Transformer 230/13/75VA For MD8285, dcmoto remote copy, dc moto auto lock sebab itu boleh baiki autogate anda pada bila-bila masa. Boleh dikatakan dipasaran sekarang dcmoto autogate spare parts agak limited, tapi anda jangan risau, kami masih menyimpan dcmoto spare parts untuk bantu anda.

Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate, folding arm autogate, sliding autogate, pillar autogate serta underground autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, DCMoto, Dnor, RDS, Jackpro, Valet, DEA, Beninca, FAAC dan banyak lagi.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.