Baiki 330mhz Remote Autogate Sliding G-Force Lama Tidak Berfungsi
Hai semua! Hari ni salah satu lokasi servis kami adalah di Kajang, untuk baiki masalah remote autogate sliding G-Force yang tak berfungsi. Customer sendiri beritahu yang sistem G-Force Sliding Autogate ni dah lama digunakan dan dia pun tak tahu siapa installer asal. Jadi, bila remote dah mula buat hal dan tak boleh buka pintu langsung, jiran sebelah rumah syorkan dia untuk hubungi kami di Kedai Autogate. Macam biasa, bila kami sampai, kami terus buat troubleshooting pada sistem sliding autogate tu untuk kenal pasti punca sebenar.
Selepas buat pemeriksaan, kami dapati receiver autogate dah rosak, memang langsung tak dapat signal dari remote. Lagi satu, customer guna remote control jenis lama frekuensi 330MHz, yang memang dah susah nak cari ganti sekarang. Jadi, kami cadangkan untuk naik taraf receiver dan remote ke versi 433MHz yang lebih stabil dan moden. Customer setuju dengan harga dan jenis spare part yang kami cadangkan, jadi kami terus tukarkan receiver berkualiti tinggi dan berikan sekali 3 unit remote control baru. Siap semua dalam masa yang singkat, dan sekarang autogate sliding G-Force customer tu dah boleh buka tutup dengan lancar semula. Customer pun puas hati sebab tak perlu tunggu lama atau tukar sistem keseluruhan.

Kami Gantikan Dengan 433mhz Autogate Remote Receiver And Control
Ramai juga customer kami yang hadapi masalah remote autogate tak berfungsi. Dah tukar bateri pun masih tak boleh buka pintu, tapi bila guna push button atau suis manual, autogate boleh pula berfungsi. Kalau jadi macam ni, jangan panik – masalah macam ni memang biasa dan kami dah banyak kali selesaikan. Selalunya kami akan datang terus ke rumah dan buat autogate troubleshooting untuk kesan punca sebenar. Kadang-kadang masalah bukan pada remote saja, tapi boleh jadi pada receiver board atau wiring. Apa pun puncanya, kami akan cari dan selesaikan dengan cepat supaya anda tak perlu pening kepala lama-lama.
Kami boleh baiki semua jenis remote autogate – sama ada untuk swing autogate atau sliding autogate, termasuk yang guna frekuensi 330MHz atau 433MHz. Kami juga bawa sekali semua jenis spare part autogate dalam van, jadi kalau kena tukar receiver board ke, remote baru ke, kami boleh terus tukar di tempat anda. Tak perlu tunggu hari lain. Selalunya servis macam ni kami boleh siap dalam masa kurang dari satu jam, bergantung pada keadaan sistem autogate. Yang penting, autogate anda boleh berfungsi semula dan anda pun boleh guna remote dengan tenang macam biasa.

Hubungi Kami Untuk Penyelesaian Masalah Autogate Anda
Sekiranya anda perlukan autogate repair service, tanya pada autogate repairer tersebut sama ada mereka ada autogate spare parts yang tersedia dan boleh baiki autogate on the spot. Atau anda boleh terus hubungi kami, kami sentiasa membawa autogate spare parts seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate remote control, autogate remote receiver, bateri autogate, autogate arm, autogate limit switch, autogate capacitor dan banyak lagi mengikut pelbagai jenis dan jenama. Nak pasang baru pun boleh, kami ada Tronica Autogate System.
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate termasuk pelbagai jenis seperti sliding autogate, swing arm autogate dan folding arm autogate.
Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





