Autogate Rosak Tak Sampai Setahun Pakai

LATEST NEWS 

Autogate Rosak Tak Sampai Setahun Pakai

Memilih autogate yang lebih murah tetapi kemudian mengalami kerosakan dalam tempoh yang singkat adalah masalah yang biasa berlaku apabila customer hanya mempertimbangkan harga semata-mata. Produk autogate yang murah mungkin menggunakan komponen yang kurang berkualiti atau boleh jadi guna barang terpakai, itu yang cepat rosak. Anda kena lebih berhati-hati.

Dnor Autogate Spare Parts
Dnor Autogate Spare Parts

Itu yang terjadi kepada customer daripada Bangi ini, disebabkan perbandingkan harga autogate sedikit beza dimana customer memilih autogate yang lebih murah tapi sekarang dah rosak tak sampai setahun. Sebelum ini, customer ada survey autogate dengan kami dan kami berikan KRON Autogate System termasuk pasang dengan harga RM 1799 tetapi customer lebih memilih autogate installer lain dengan harga RM 1650. Customer menghubungi kami untuk dapatkan bantuan setelah autogate yang dipasang oleh syarikat autogate yang lain dah rosak kurang daripada setahun. Cuba hubungi mereka yang menjanjikan autogate warranty selama 2 tahun, tapi tak dapat.

Pemasang Autogate Hilang (Mereka Janjikan Jaminan 2 tahun)

Kami datang untuk lakukan pemeriksaan dan dapati arm autogate mini dc motor termasalah dimana terdapat 1 daripada 9 gigi gear autogate arm telah pecah dan bahagian yang pecah sangkut pada gear body. Lebih mengejutkan lagi, autogate dc motor tersebut adalah barang secondhand, barang yang digunakan pakai, terbukti pada warranty yang tertulis 2019, tapi pasang autogate tersebut tak sampai setahun lagi. Sebab itulah cepat sangat rosak dan auto gate installer bangi tersebut hilangkan diri.

Apabila memilih autogate, adalah penting untuk menjalankan penyelidikan yang menyeluruh, mempertimbangkan kualiti dan mengambil kira keseluruhan kos pemilikan dalam tempoh masa panjang. Jangan pula awalnya kos autogate murah menjadi lebih tinggi dimasa akan datang disebabkan autogate rosak dalam masa yang singkat.

Baiki Dnor Autogate Bangi
Baiki Dnor Autogate Bangi

Hubungi Kami Untuk Sebarang Bantu Berkenaan Autogate

Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198

Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.

Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.

Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!

Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.

Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198 Kami sedia membantu.