Autogate Jadi Perlahan? Ini Cara Mudah Kenalpasti Masalah & Elak Bateri Kong

LATEST NEWS 

Autogate Jadi Perlahan? Ini Cara Mudah Kenalpasti Masalah & Elak Bateri Kong

Hai semua! Kalau kedua-dua autogate anda buka dan tutup lebih perlahan daripada biasa, itu selalunya tanda autogate tak dapat bekalan kuasa. Bila tiada power supply, autogate akan guna backup battery, sebab itu pergerakannya jadi perlahan. Situasi ini biasanya berlaku bila ada trip elektrik, wiring bermasalah atau transformer autogate rosak sehingga autogate tak dapat elektrik seperti biasa.

Langkah pertama yang anda boleh cuba ialah periksa kotak DB di rumah anda. Tengok sama ada ada suis yang jatuh atau trip. Kalau ada, naikkan semula suis tersebut. Kemudian cuba tutup suis utama di kotak elektrik selama lebih kurang 15 minit untuk reset autogate. Kadang-kadang cara ini sahaja dah cukup untuk buat autogate kembali normal. Ini antara troubleshooting mudah yang anda boleh buat sendiri sebelum panggil technician.

Tapi kalau selepas reset autogate masih bergerak perlahan atau masih tak normal, itu maksudnya ada komponen lain yang bermasalah. Jangan tunggu lama-lama kerana backup battery boleh kong bila digunakan terlalu lama. Bila bateri habis, autogate terus tak boleh buka langsung dan susah untuk keluar masuk rumah. Jadi lebih baik hubungi kami cepat untuk pemeriksaan dan servis sebelum keadaan jadi lebih teruk. Kami sedia bantu!

Baiki Autogate Perlahan Shah Alam
Baiki Autogate Perlahan Shah Alam

Transformer Autogate Rosak, Autogate Pelahan Sebab Jalan Guna Bateri

Kami dihubungi customer daripada Seksyen 9 Shah Alam yang menggunakan swing autogate system yang menghadapi masalah “buka banyak slow” autogate pelahan sejak dari semalam. Kami terangkan perkara diatas dengan minta untuk periksa db box dan reset autogate tersebut terlebih dahulu. Tetapi autogate masih pelahan, masih tiada sambungan kuasa elektrik pada autogate. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas hujan lebat, satu rumah trip dan esoknya customer perasan autogate slow, customer sangkan arm autogate rosak. Oleh kerana tidak dapat cari original autogate installer, customer hubungi kami untuk dapatkan autogate repair service.

Kami datang lakukan pemeriksaan, autogate transformer yang rosak iaitu bahagian autogate yang membekalkan kuasa elektrik, mungkin disebablan kilat/ power surge). Apabila transformer autogate rosak bekalan elektrik tidak sampai. Autogate pelahan sebab jalan menggunakan bateri autogate. Sekarang kami gantikan autogate transformer 12v9v0v9v12v dan customer juga minta kami tukar autogate battery baru sebab bateri lama sudah habis, kami gunakan high quality autogate baterry.

Autogate Slow Repair Shah Alam
Autogate Slow Repair Shah Alam

Dapatkan Kedai Autogate Untuk Servis Autogate Anda

Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro, Valet, DEA, Gforce, Beninca dan banyak lagi.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki panel autogate, baiki remote autogate, pemasangan autogate, penggantian roda autogate dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.