Autogate Jalan Kebun – Autogate Baru Dipasang Tidak Berfungsi Dengan Baik?

LATEST NEWS 

Autogate Baru Dipasang Tidak Berfungsi Dengan Baik?

Selamat Pagi. Kami bercakap berdasarkan perkara yang kami lalui setiap hari dan salah satunya customer di Jalan Kebun. Dari apa yang customer beritahu, baru dalam setahun guna autogate system tersebut dan sejak 4 hari lepas sudah ada masalah, ianya tidak dapat berfungsi dan ada hubungi original auto gate installer ceritakan masalah autogate yang dihadapinya, mula-mula mereka kata akan datang dan cuba untuk dapatkan temu janji, selepas itu sudah tak dapat hubungi mereka. Customer hanya ada satu nombor itu sahaja untuk dihubungi dan nama syarikat mereka pun customer tidak tahu.

Sekarang customer perlu cari penyelesaian sendiri dengan mencari reliable autogate services daripada top autogate company. Customer dapat contact kami dari tempat dia bekerja, dimana kami yang kendalikan autogate di Kilangnya. Kami datang buat troubleshooting autogate, apabila buka kotak autogate, kami dapati swing autogate control panel dan swing auto gate transformer bukan baru, ianya secondhand. Yang rosak adalah auto gate control panel yang membuatkan autogate tidak berfungsi. Kami tunjuk semua proses pada customer, supaya selepas ini dia lebih berhati-hati dalam mencari kontraktor.

Repair Autogate Baru Jalan Kebun
Repair Autogate Baru Jalan Kebun

Original Autogate Installer Hilang Selepas Pemasangan

Bila autogate rosak, orang pertama yang kita akan cari mestilah installer asal atau tukang pasang autogate tu. Lagi-lagi kalau autogate tu baru je dipasang dan masih dalam tempoh warranty. Tapi bayangkan kalau masa tu anda cuba hubungi installer tu, tapi nombor dah tak aktif, tak balas mesej atau terus lesap tanpa khabar berita. Memang pening kepala dibuatnya, sebab kita harap masih boleh claim bawah warranty, tapi tak boleh nak cari siapa yang pasang.

Sebab tu lah penting untuk tahu siapa yang kita ambil untuk pasang autogate. Ramai yang bila tengok harga murah, terus setuju tanpa fikir panjang. Masa tu fikir nak jimat, tapi bila autogate mula ada masalah dan installer tak dapat dihubungi, barulah rasa menyesal. Nak tak nak, kena cari orang lain untuk baiki. Bila orang lain baiki, dah tentu akan kena caj servis baru walaupun autogate tu sepatutnya masih dalam jaminan.

Jadi, sebelum pasang autogate, pastikan installer atau syarikat autogate tu memang ada rekod yang baik, ada kedai atau pejabat yang sah, dan senang untuk dihubungi bila perlu. Jangan hanya tengok harga murah semata-mata. Kena fikir juga servis selepas jualan. Kalau ambil syarikat yang betul, mereka akan bantu bila ada kerosakan dan kita tak perlu risau sangat. Biar bayar sedikit lebih mahal di awal, asalkan tenang dan mudah kalau ada apa-apa berlaku nanti.

Swing Autogate Repair Jalan Kebun
Swing Autogate Repair Jalan Kebun

Perkhidmatan Autogate Terbaik Daripada Kedai Autogate

Kami menjalankan perkhidmatan autogate dengan telus dan integriti, dan kami tidak pernah terlibat dalam amalan tidak etikal. Apa sahaja masalah yang kami jumpa, akan terus tunjuk pada customer. Sebelum menggantikan apa-apa autogate spare parts, kami akan dapatkan persetujuan daripada customer dan tunjukkan alat ganti yang digunakan.

Tidak kira brand autogate yang customer gunakan, jangan risau kami ada pelbagai auto gate spare parts. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro dan banyak lagi.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki autogate tak boleh buka, remote autogate tak berfungsi, motherboard autogate rosak, tukar roda autogate, replace gate bearimg, pemasangan Tronica autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.