Apakah Jenis Autogate Motherboard Yang Anda Gunakan?
Customer kami di U11 Shah Alam dah lama pening kepala cari orang yang boleh baiki Dnor712 autogate yang dah tak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, installer asal ada datang tengok, tapi bila periksa, mereka tak ada spare part untuk built-in autogate control panel yang digunakan customer ni. Mereka cakap kena tunggu barang sampai, tapi tak tahu pula berapa lama nak tunggu. Autogate ni penting sebab memudahkan buka tutup pagar setiap hari – bila rosak, memang menyusahkan. Customer pun dah hilang sabar, dan kebetulan jiran sebelah rumah syorkan kami di Kedai Autogate, sebab jiran tu dulu pun pernah guna servis kami dan puas hati.
Masa tu jiran customer pun alami masalah autogate kerap rosak, dan terus ambil keputusan tukar sistem lama kepada Tronica® Arm Autogate. Dah lebih 5 tahun pakai, katanya langsung tak ada masalah – sebab tu dia yakin nak recommend kami. Kami memang hargai bila pelanggan tolong kenalkan servis kami, sebab kami pun memang serius dan ikhlas bantu selesaikan masalah autogate dengan cepat dan betul. Bila kami sampai, kami terus periksa dan confirm control panel built-in tu rosak – sebab tu autogate langsung tak boleh berfungsi.
Kami pun terangkan dengan jelas pada customer pasal perbezaan antara built-in control panel dan control panel biasa. Untuk yang built-in ni, receiver autogate dah sekali dengan panel, jadi kalau salah satu rosak, kena tukar satu set terus. Berbeza dengan control panel biasa, kalau receiver rosak, tukar receiver je. Customer pun faham dan setuju untuk terus tukar kepada control panel yang baru, siap dengan 1 receiver dan 3 remote control baru. Kami buat pemasangan terus hari tu juga, dan tak lama lepas tu, autogate kembali berfungsi seperti biasa. Customer sangat lega dan puas hati sebab tak perlu tunggu lama-lama, dan servis kami memang cepat & telus.

Baiki Autogate Board – Spare Parts Tersedia
Masalah biasa yang berlaku pada autogate adalah masalah dengan autogate control panel, hampir setiap hari kami servis autogate rosak yang berpunca daripada autogate control panel. Sebab itu kami sentiasa menyimpan pelbagai autogate control spare parts mengikut keperluan autogate customer, mengikut model dan jenama autogate yang digunakan.
Untuk pengguna arm autogate, folding autogate atau swing autogate akan menggunakan autogate control panel untuk model tersebut S3 autogate control panel, autogate control panel S1, swing gate controller L-5000i, SG 123, SG 2003, SWG 800-V1, G-2800, S5000, AMP 7 auto gate swing control panel, 912, G10, Motor Controller ASS-001-00-1, City-S, Super I swing gate, RDS 5, P1 swing gate controller, 666E arm gate controller, A-505, Model SE1 controller system, NX-12 DC swing gate controller, 877 swing/ folding panel, SG-12, E8 D1, Model M2 controller system, SWG 801-V2, PX33B dc swing arm gate controller, F-9 swing gate controlle dan banyak lagi. Kami ada pelbagai autogate board.

Pakar Baiki Autogate Anda Di Lembah Klang
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro dan banyak lagi.
Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Lembah Klang termasuk baiki remote autogate, repair autogate control panel, penggantian roda autogate, pemasangan autogate KRON, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






