Anda Boleh Beli OAE 333A Arm Autogate 1 Unit Daripada Kami
Hai semua. Ada seorang customer dari Petaling Jaya hubungi kami sebab dia tengah cari arm autogate model OAE 333a yang sama saiz, jenama, dan design. Katanya, dia cuma nak tukar arm yang rosak sahaja tanpa perlu buat apa-apa ubahsuai dekat sistem asal. Ramai yang tak tahu sebenarnya spare part untuk model lama ni masih ada dekat pasaran, tapi susah nak dapat kalau cari sendiri. Nasib baik customer jumpa kami sebab memang stok OAE 333a arm autogate baru dan secondhand ada ready. Jadi, pilihan mudah untuk dia terus dapat barang yang sama macam dipasang sebelum ini.
Kami terangkan pada customer, kalau nak lebih jimat boleh ambil OAE 333a secondhand, cuma untuk secondhand tiada warranty, tapi jangan risau sebab kami akan test dulu sebelum serah. Kalau nak yang confirm tahan lama dan ada warranty, kami syorkan ambil arm baru. Akhirnya customer setuju untuk ambil OAE 333a arm autogate baru sebab lebih yakin pakai dalam jangka masa panjang. Dia pun nak pasang sendiri di rumah, tapi kalau ada apa-apa masalah atau perlukan bantuan teknikal, team kami memang standby untuk turun bantu. Senang cerita, sama ada nak DIY atau minta kami pasang, semua boleh ikut keselesaan customer.

Autogate Spare Parts Untuk Pelbagai Jenama Autogate
Kami di Kedai Autogate lengkap dengan pelbagai barang autogate. Dekat sini bukan setakat ada autogate set baru, tapi juga ada macam-macam alat ganti autogate dan spare parts autogate. Ramai orang fikir kalau autogate rosak kena tukar terus sistem baru, tapi sebenarnya tak perlu pun. Kebanyakan kerosakan boleh diselesaikan dengan tukar bahagian yang rosak sahaja, contohnya tukar arm autogate, motor atau board. Cara ni lebih jimat, cepat dan praktikal untuk pengguna.
Kami juga tahu bukan semua orang pakai jenama atau jenis autogate yang sama. Ada yang guna underground swing autogate, ada yang guna arm autogate serta sliding autogate. Jenama pula macam-macam daripada Tronica®, KRON, OAE, Dnor (712, 212, 212K), E8, Victor, MAG, Digicraft, G-force dan banyak lagi. Sebab itu kami memang sediakan stok untuk pelbagai model supaya mudah untuk customer dapatkan spare parts yang sesuai dengan sistem masing-masing tanpa perlu pening kepala cari di tempat lain.
Antara autogate spare parts yang kami selalu simpan ialah arm autogate, DC motor, gearbox, PCB board, control panel, remote control set, sampai lah ke bateri autogate. Semua ni penting untuk pastikan autogate anda boleh dibaiki dan terus digunakan semula. Jadi kalau autogate anda ada masalah, tak payah risau kena tukar satu set baru, cukup datang ke kedai kami untuk cari spare part yang diperlukan. Senang cerita, apa saja masalah autogate, insyaAllah kami ada jalan penyelesaian.

Kami Bekalkan Autogate Spare Parts Baru Dan Original
Kami membekal dan mempunyai stok yang banyak untuk alatan ganti autogate. Sama ada kami datang ke tempat anda untuk lakukan autogate repair services dengan menggantikan autogate parts yang bermasalah ataupun anda boleh beli autogate spare parts daripada kami dan gantikannya sendiri, dengan ini dapatkan menjimatkan kos upah. Ramai juga customer kami mereka boleh diy autogate sendiri, mengenalpasti punca masalah sendiri, bahagian autogate mana yang rosak dan dapatkan auto gate spare parts daripada pada kami. Ada juga autogate contractor kecil, bergerak sendiri yang dapatkan spare parts autogate daripada syarikat autogate besar seperti kami.
Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






