Ampang Autogate – Boleh Ke Tukar 1 Unit OAE Arm Autogate?
Hai semua. Kami menerima panggilan daripada seorang customer di Ampang yang bertanya sama ada kami boleh tukarkan sebelah arm autogate sahaja. Sebelum ini customer sudah hubungi beberapa kontraktor autogate di kawasan Ampang, tetapi mereka memaklumkan tidak boleh tukar satu unit arm sahaja kerana sudah tidak menyimpan spare parts untuk model lama yang pernah dipasang. Mereka hanya menawarkan pemasangan satu set autogate yang baru. Namun begitu, customer rasa masih belum perlu tukar keseluruhan sistem kerana motor, control board dan komponen autogate yang lain masih berfungsi dengan baik. Yang rosak cuma sebelah arm autogate sahaja.
Nasib baik customer jumpa kami. Di Kedai Autogate, kami memang sentiasa menyimpan pelbagai jenis spare parts autogate untuk jenama lama dan baru. Jadi kalau customer hanya mahu tukar satu unit arm autogate, kami memang boleh bantu. Tidak semestinya setiap kali autogate rosak perlu tukar satu set baru. Kalau bahagian lain masih elok, lebih baik gantikan bahagian yang rosak sahaja. Cara ini lebih menjimatkan kos dan kerja juga dapat disiapkan dengan lebih cepat.
Selepas customer menghantar gambar autogate, kami dapati sistem yang digunakan ialah OAE 333A Arm Autogate, iaitu model yang sudah lama berada di pasaran. Walaupun model ini agak lama, kami masih mempunyai stok OAE autogate spare parts. Selain itu, kami juga memperkenalkan pilihan yang lebih baharu iaitu Tronica® 929 Arm Autogate. Model ini menggunakan die-cast aluminium yang lebih kukuh, tahan lasak dan mempunyai reka bentuk yang lebih moden berbanding OAE 333A yang menggunakan badan penuh stainless steel.

Pilihan Dibuat – Tukar 1 Unit Dengan Tronica® 929 Arm Autogate
Selepas berbincang bersama isteri, customer akhirnya memilih Tronica® 929 Arm Autogate. Buat masa ini, mereka hanya mahu menukar sebelah kiri yang telah rosak kerana arm sebelah kiri masih berfungsi dengan baik. Kami hormati keputusan customer kerana kami sentiasa memberi pilihan mengikut bajet dan keperluan mereka. Tidak perlu paksa tukar semua jika masih belum diperlukan.
Bagi kami, yang paling penting ialah membantu customer mendapatkan penyelesaian yang sesuai tanpa perlu mengeluarkan kos yang tidak perlu. Sebab itu kami sentiasa menyediakan stok spare parts untuk pelbagai jenama autogate supaya kerja repair autogate atau penggantian bahagian autogate boleh dilakukan dengan lebih cepat. Sama ada anda mahu tukar satu unit arm autogate, kedua-dua arm, atau perlukan pemeriksaan kerana autogate bermasalah, kami sentiasa bersedia membantu dengan servis yang cepat, profesional dan boleh dipercayai.

Servis Autogate Di Lembah Klang (Pasang Dan Baiki)
Kepada anda yang perlukan auto gate repair atau nak pasang autogate dengan cepat? Bolehlah hubungi kami sekarang. Juruteknik kami cekap tidak mengambil masa lama untuk repair autogate anda dengan masalah autogate untuk pelbagai jenama autogate seperti Tronica®, kron, fbm, agt, dcmoto dc925, dnor 212, dnor 712, dnor 212k, oae 333a, dcmoto dc975, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate, millie’s autogate ataupun oae autogate.
Untuk pemasangan autogate, hanya cara pasang autogate yang betul dan terbaik digunakan. Kami sangatlah recommend Tronica® Arm Autogate System, iaitu best autogate 2026 dengan autogate promotion include installation.
Kedai Autogate ada penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, kami memang specialist for autogate. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.







