Sistem Arm Autogate Lama Rosak – Kami Ada Spare Parts
Kami baru-baru ini dihubungi oleh pelanggan lama dari Cheras yang sebelum ini pernah pasang sistem Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dengan kami kira-kira 7 tahun lepas. Menurut pelanggan, anaknya tak sengaja terlanggar arm autogate ketika gate masih belum buka sepenuhnya dan terus undurkan kereta. Selepas kejadian tu, arm autogate masih boleh berfungsi beberapa hari, tapi lama-kelamaan swing arm sebelah kiri hanya mampu buka sedikit dan kemudian berhenti. Mujur kerosakan hanya melibatkan satu bahagian sahaja dan tidak menjejaskan keseluruhan sistem autogate.
Sebaik sahaja terima aduan, team kami terus susun jadual untuk datang periksa dan baiki. Selepas pemeriksaan dibuat, kami cadangkan tukar arm yang rosak kepada model yang sama supaya prestasi dan ketahanan masih kekal seperti asal. Proses penggantian dibuat dengan cepat dan kemas tanpa perlu tukar satu set autogate baru, jadi customer dapat jimat kos. Bagi kami, servis selepas jualan memang penting walaupun dah bertahun guna, kami tetap bagi respon pantas dan pastikan sistem autogate customer kembali berfungsi dengan lancar seperti biasa.

Arm Autogate Dilanggar Kereta – Tukar 1 Unit Tronica® Arm
Bila autogate rosak, memang perkara pertama orang akan buat ialah cuba hubungi installer yang pasang dulu. Tapi realitinya, tak semua syarikat masih aktif atau sediakan servis selepas beberapa tahun. Ada nombor dah tak boleh guna, ada yang dah tutup operasi, dan ada juga yang tak lagi buat kerja repair. Sebab tu ramai pemilik rumah akhirnya hubungi Kedai Autogate untuk selesaikan masalah mereka. Ada juga customer lama yang pernah pasang dengan kami bertahun-tahun dulu, dan hanya hubungi semula bila autogate mula buat hal. Bagi kami, tak kira pelanggan lama atau baru, kami tetap beri servis yang sama dan cuba bantu sebaik mungkin.
Antara punca paling biasa autogate rosak ialah sebab terlanggar pintu pagar. Kadang-kadang tak sengaja masa nak keluar rumah, kadang orang lain yang undur kereta tak perasan gate belum buka habis. Bila gate kena langgar, macam-macam boleh jadiarm autogate boleh bengkok atau patah, bracket tercabut, alignment lari, pintu tak boleh tutup rapat, malah ada kes sampai pintu jatuh. Kalau dibiarkan, kerosakan boleh jadi lebih teruk dan kos baiki pun makin tinggi. Sebab tu penting untuk periksa dan baiki secepat mungkin sebelum masalah jadi besar.
Jangan risau, kami memang ada simpan banyak spare part autogate termasuk arm, bracket dan komponen lain yang berkualiti. Tak kisah jenama seperti Tronica® Autogate, OAE Autogate, Dnor Autogate atau DC Moto Autogate System, kami dah biasa baiki semuanya. Kalau perlu, kami boleh aturkan pemeriksaan dan pembaikan pada hari yang sama. Kami faham autogate ni penting untuk keselamatan dan keselesaan rumah, jadi kami akan cuba selesaikan dengan cepat dan kemas supaya anda boleh guna seperti biasa tanpa risau lagi.

Hubungi Kami Untuk Bantuan Baiki Autogate Anda
Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate.
Hubungi sahaja Kedai Autogate, kami dapat menyelesaikan semua masalah autogate anda. Kami akan terangkan dengan detail apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kami ada semua auto gate spare parts. Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






