Baiki Autogate Sekali Jalan, Tak Perlu Tunggu Lama
Selalunya bila kami datang untuk pasang atau baiki autogate, memang akan jumpa masalah tambahan yang customer sendiri tak perasan. Contohnya, asalnya nak baiki autogate motor atau control panel sahaja, tapi selepas pemeriksaan kami dapati roda autogate sudah haus atau bearing pintu pagar rosak. Masalah macam ini kalau dibiarkan boleh buat autogate cepat rosak semula.
Tapi jangan risau, sebab kami memang bersedia. Juruteknik kami berpengalaman dan setiap kali datang, kami bawa bersama spare parts autogate yang lengkap. Jadi semua masalah boleh diselesaikan sekali jalan tanpa perlu tunggu lama atau buat lawatan berulang. Jimat masa, kerja lebih kemas dan autogate anda boleh terus digunakan dengan lancar.

Dnor Autogate Tak Boleh Buka – Tukar Autogate Motherboard Dan Transformer
Baru-baru ini, kami dapat panggilan dari customer di Ampang yang guna folding autogate Dnor 712. Dari apa yang customer beritahu cakap autogate tiba-tiba tak boleh buka selepas rumah mereka mengalami trip sebab kilat kuat. Masa tu dah tak boleh keluar kereta sebab gate tak buka. Customer beritahu lagi, autogate dnor ini masih agak lama dan tidak pasti siapa yang pasang dnor autogate tersebut. Itu yang customer cari “reliable autogate repair near me” dan jumpa Kedai Autogate. Kami terus aturkan juruteknik untuk pergi ke rumah mereka.
Setibanya di sana, pemeriksaan kami tunjukkan yang dnor autogate control panel dan transformer autogate telah terbakar, memang nampak kesan. Customer setuju untuk kami gantikan dengan Dnor autogate control panel dan transformer baru yang berkualiti tinggi. Selepas pemasangan autogate parts baru tersebut, kami buat testing untuk pastikan semua fungsi berjalan lancar. Masa tu juga kami perasan folding roller gate bergoyang dan hampir tercabut dan customer kata memang banyak roller autogate tercabut sebab kontraktor lama belum sempat baiki.
Servis Tambahan Tukar Roda Autogate – Guna Stainless Steel Auto Gate Roller
Kami tawarkan servis gantikan autogate roller terus kepada customer dan mereka terus setuju sebab tak sangka kami juga boleh buat kerja tu. Kami supply dan gantikan 2 unit roller baru menggunakan material stainless steel 304 yang tahan lama. Dengan itu, semua roller yang rosak dapat diganti dan folding gate boleh berfungsi semula dengan baik.
Akhirnya, Dnor 712 swing autogate di rumah customer di Ampang kembali berfungsi seperti biasa. Semua masalah, dari control panel, transformer hingga roller, selesai dalam satu masa sahaja. Customer pun lega sebab tak perlu panggil kontraktor lain, dan mereka puas hati dengan servis kami yang cepat, mudah, dan lengkap. Ini antara sebab kenapa ramai customer terus pilih Sam Autogate bila ada masalah autogate.

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate Anda
Kedai Autogate gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Kami sentiasa pastikan masalah autogate setiap customer dapat dibetulkan pada masa kami datang. Sebab itu kami sentiasa membawa semua original dan high quality auto gate spare parts. Jadi selesai kami lakukan troubleshooting, sudah tahu punca masalah autogate yang berlaku dan dengan persetujuan customer dari segi spare part autogate digunakan dan harga autogate parts tersebut, kami boleh terus menggantikannya.
Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira masalah autogate yang anda hadapi dan untuk model atau jenama autogate seperti kron, fbm, dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda,
Kami sudah lama dalam industri autogate ini, apa jua masalah gate dan autogate kami berjaya menyelesaikannya. Hampir beribu-ribu unit rumah kami telah membuat pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate. Kerana itu kami sentiasa diberi kepercayai dan menjadi servis yang paling terbaik untuk pemasangan autogate dan repair autogate di Lembah Klang. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.




