Autogate USJ – Autogate Baru Tronica® Bagi Menggantikan Legate System

LATEST NEWS 

Autogate Baru Tronica® Bagi Menggantikan Legate System

Kami dihubungi customer daripada USJ Subang Jaya beberapa hari lepas untuk service repair legate system, seperti kami katakan tadi, kami terus terang tak boleh lakukannya. Jadi kami cadangkan Tronica® arm autogate untuk pemasangan autogate baru, kami terang dengan detail produk, cara pasang dan after sales support. Tetapi customer beritahu dia ingin cuba baiki legate system terlebih dahulu dengan contractor autogate Puchong yang lain. Melalui telefon mereka kata semua boleh buat, setelah sampai sana, mereka periksa legate motor sebelah telah rosak dan tak ada spare parts untuk membaikinya, lagi teruk mereka tidak ada pengalaman menggantikan legate system kepada sistem lain, oleh itu minta customer untuk bayar upah pemeriksaan yang dilakukan.

Itu yang customer hubungi kami semula hari ini untuk dapatkan Tronica®-828HD Stainless Steel Arm Autogate System bagi menggantikan legate system tersebut. Kami mulakan kerja dengan mencabut komponen legate lama dan gantikan denga set baru Tronica® Autogate System. Sekarang autogate berfungsi semula dengan lancar.

Install New Autogate Tronica USJ
Install New Autogate Tronica USJ

Legate Autogate Anda Bermasalah? Apa Jalan Penyelesaiannya

Sejak kebelakangan ini, memang ramai customer yang hubungi kami sebab Legate autogate system mereka mula buat hal. Ada yang motor lemah, autogate buka separuh jalan, ada yang control board rosak, ada juga yang arm langsung tak bergerak. Ramai customer cuna untuk baiki sistem lama mereka dan nak repair saja sebab tak mahu keluarkan kos besar untuk tukar baru. Tapi terus terang, kami sendiri dah cuba cari spare parts Legate tapi memang tak ada lagi dalam pasaran. Bila spare parts dah tak wujud, kami pun tak dapat nak buat kerja repair secara menyeluruh sebab komponen penting tak boleh diganti.

Walaupun begitu, anda tak perlu risau sebab masih ada penyelesaian yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Bila Legate system lama dah rosak, pilihan paling logik ialah tukar ke sistem autogate baru yang lebih kukuh dan spare parts mudah dapat. Antara pilihan terbaik yang selalu kami cadangkan ialah Tronica® Heavy Duty Arm Autogate System sama ada Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica®-929 Arm Autogate System. Sistem ni memang terkenal tahan lasak, sesuai untuk rumah yang guna harian, dan kalau ada masalah di masa depan pun spare parts sentiasa ada. Walaupun nampak macam kena keluarkan kos awal, tapi sebenarnya lebih jimat sebab tak perlu pening kepala nak cari alat ganti yang dah tak dikeluarkan lagi. Pendek kata, tukar sistem baru = kurang masalah di masa depan.

Untuk tukar dari Legate ke sistem lain, kerja dia bukan sekadar buka dan pasang semula. Prosesnya melibatkan wiring, alignment, setup control board dan beberapa pelarasan lain supaya autogate berfungsi dengan lancar. Sebab itulah penting untuk pilih installer yang berpengalaman supaya sistem baru boleh berjalan smooth dan tahan lama. Jadi kalau Legate autogate anda mula bermasalah dan anda perlukan penyelesaian yang lebih praktikal, anda boleh terus hubungi Kedai Autogate.

Legate Autogate Solution USJ
Legate Autogate Solution USJ

Dapatkan Tronica® Arm Autogate System

Anda juga memerlukan legate system solution? Kedai Autogate ada penyelesaian terbaik untuk sistem legate anda. Dari pengalaman kami, legate autogate ini kalau nak tahan lama perlukan legate autogate service maintenance, kalau tidak ia cepat rosak. Setiap kali legate system maintenance dilakukan dibukannya percuma, setiap tahun boleh mencecah beratus ringgit. Pada kami memang tak berbaloi, banyak lagi sistem autogate yang boleh tahan lama tanpa maintenance salah satunya Tronica® Heavy Duty Arm Autogate System.

Tronica® menawarkan jangka hayat yang lebih panjang dan boleh dipercayai. Maintenance bagi Tronica® autogate mudah dan Tronica® autogate spare parts sentiasa tersedia. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk Tronica® autogate components yang lain seperti autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri autogate, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia dan diyakini dengan berkualiti premium.

Kedai Autogate menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan. Cari kedai autogate bear me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.