Apakah Keadaan Underground Autogate Anda – Masih Boleh Dibaiki?

LATEST NEWS 

Apakah Keadaan Underground Autogate Anda – Masih Boleh Dibaiki?

Hai semua. Lagi sekali kami datang ke rumah customer ini di Sri Petaling dimana customer pengguna Mag Underground Swing Autogate System, sebelum ini kami pernah tukar underground auto gate mini dc motor sebelah kanan, tak lama pun, dalam bulan lepas. Dan kali ini customer hubungi kami semula dimana underground autogate dua-dua belah tak boleh buka. Kami datang lakukan pemeriksaan dan ada dua underground autogate parts yang rosak, iaitu underground autogate control panel dan underground autogate gearbox sebelah kiri. Kali pertama customer hubungi kami lagi, kami sudah syorkan pasang autogate baru dan sudah terangkan pada customer tentang keburukan baiki underground autogate lama tetapi customer memilih untuk baiki underground autogate tersebut terlebih dahulu. Sekarang apa bila rosak lagi, barulah minta kami pasang autogate baru.

Pemasangan autogate baru menggunakan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System . Masa itu juga kami boleh lakukan kerana semua autogate spare parts termasuk Tronica® autogate set baru kami bawa bersama. Sekarang customer boleh guna swing autogate seperti biasa, malah lebih lancar dan tidak perlu fikir masalah autogate lagi.

Install Swing Autogate Sri Petaling
Install Swing Autogate Sri Petaling

Kami Bantu Anda Gantikan Underground Autogate Dengan Sistem Baru Yang Lebih Tahan Lama!

Bila customer hubungi kami dengan masalah underground swing autogate system, perkara pertama yang kami akan buat ialah tanya beberapa soalan untuk faham situasi sebenar. Kami nak tahu sama ada kedua-dua belah autogate tak boleh buka atau hanya satu side sahaja yang bermasalah. Kadang-kadang juga berlaku autogate cuma buka separuh jalan (open halfway). Selain tu, kami akan tanya berapa lama sistem tu dah digunakan dan minta customer hantarkan gambar supaya kami boleh tengok keadaan sebenar motor bawah tanah tu. Dari situ barulah kami boleh tentukan sama ada masih boleh dibaiki atau dah sampai masa untuk diganti.

Kalau kami dapati sistem underground autogate tu dah digunakan lebih dari 10 tahun dan keadaannya memang teruk contohnya berkarat, bocor, atau satu sebelah underground autogate swing tak boleh buka biasanya kami akan terus syorkan untuk pasang sistem autogate baru. Ini sebabnya kebanyakan sistem lama, walaupun dibaiki, takkan tahan lama. Lepas baiki satu bahagian, tak lama kemudian bahagian lain pula rosak. Jadi daripada terus habiskan duit baiki yang tak berbaloi, lebih baik pasang sistem baru yang lebih moden, tahan lama dan jimat dari segi kos penyelenggaraan jangka panjang.

Untuk penggantian underground swing autogate system yang lama, kami sangat syorkan guna Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System atau Tronica®-929 Arm Autogate System. Kedua-dua model ni memang terbukti kuat, tahan karat, dan sesuai untuk cuaca di Malaysia. Pemasangan pun kami uruskan sepenuhnya dari cabutan sistem lama, pemasangan baru sampai test terakhir sebelum diserahkan semula kepada customer. Jadi kalau anda ada masalah dengan underground autogate lama yang dah selalu rosak, jangan tunggu lama. Hubungi Kedai Autogate dan kami akan bantu anda pilih penyelesaian terbaik untuk rumah anda.

Tronica Swing Autogate Sri Petaling
Tronica Swing Autogate Sri Petaling

Pemasangan Autogate Yang Betul – Tronica® Autogate

Apa yang membuatkan Tronica® Autogate System istemewa adalah kerana Tronica® Autogate jenis swing arm autogate berkualiti tinggi tetapi tidak terlalu mahal. Pertimbangkan untuk membuat pilihan yang bijak dengan tukar kepada Tronica® Autogate dan nikmati ketenangan yang datang dengan penyelesaian autogate yang boleh dipercayai dan berpatutan yang mempunyai sokongan tempatan. Sebab itu ramai pengguna Tronica® Autogate yang berpuas hati mereka akan syorkan kepada kenalan.

Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Supermax, Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, Mesun, DC Max, CPT, BCM, Gatium, Elock, Am Gate, X Gate, Elcom Home Access dan banyak lagi. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica® Swing Arm Autogate System.

Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.