Kami Masih Ada Spare Parts Untuk Baiki Autogate Lebih 10 Tahun
Selamat Pagi. Ini adalah customer kami daripada Alam Impian Shah Alam yang kami pasang full set Tronica®-727 autogate dalam 10 tahun lepas dan sekarang ada masalah autogate arm sebelah kanna arm autogate tidak berfungsi dan terpaksa cabut arm autogate untuk buka pagar manual, apabila customer ada masa free terus cari balik contact autogate kami untuk bantuan. Sebelum ini kami gunakan Tronica® autogate set generasi lama dan kami masa ada arm autogate spare parts untuk model tersebut. Dari apa yang customer beritahu, sepanjang menggunakan autogate kami, ini kali pertama rosak dan dia berpuas hati dengan prestasi autogate Tronica® tersebut.
Hari ini kami datang lakukan pemeriksaan dan sahkan yang autogate arm sebelah kanan itu motornya telah rosak, customer beritahu memang dia kerap buka pagar autogate sebelah kanan sahaja untuk keluar jika ingin buang sampah atau ambil barang. Kami masih ada spare parts autogate arm ini, kami masih ada spare parts untuk gantikannya parts autogate yang rosak. Untuk gantikan arm autogate tersebut kami syorkan Tronica® 727 Arm Autogate baru dan origina, latest Tronica®727 Arm Autogate 2024 dan customer terus setuju. Customer beritahu, dia mempercayai kami, autogate sebelum ini guna tak pernah ada masalah. Walaupun sudah pasang lama, customer dapat hubungi kami.

Kami Sentiasa Berikan Servis Autogate Terbaik Untuk Customer Lama Dan Baru
Apabila sistem autogate mula bermasalah, semestinya orang pertama yang akan dicari adalah pemasang asal (original installer) kerana mereka lebih faham sistem yang telah dipasang dan biasanya mempunyai stok spare parts autogate yang sesuai dan tersedia. Sebab itulah kami di Kedai Autogate sentiasa bersedia dengan pelbagai jenis spare parts autogate untuk pelbagai model, khasnya untuk membantu customer lama kami yang menghadapi kerosakan atau kehausan pada sistem autogate mereka. Tak kira sama ada masalah kecil seperti remote tidak berfungsi atau masalah besar seperti arm autogate motor tidak bergerak langsung, kami ada spare parts autogate yang diperlukan dan pasukan juruteknik yang berpengalaman untuk baiki dengan cepat dan berkesan.
Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam industri autogate, kami bukan sekadar menjual dan memasang, tetapi juga komited dalam memberikan servis selepas jualan yang terbaik. Sama ada pelanggan baru atau lama, kami layan dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme. Kami percaya hubungan jangka panjang dengan customer adalah kunci kepada kejayaan kami selama ini. Bila customer hubungi kami dengan masalah autogate, kami pastikan setiap isu diselesaikan secepat mungkin dan autogate kembali berfungsi seperti biasa.

Anda Boleh Percaya Dengan Servis Autogate Kami
Cepat dan berkesan servis autogate yang ditawarkan Klang Valley. Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.
Kepada customer yang inginkan pemasangan autogate baru kami akan syorkan Tronica® Autogate System kerana autogate motor yang tahan lasak dan semua komponen berkualiti tinggi. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia. Tronica® menawarkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain, dan kebolehpercayaannya tidak tertandingi. Ia memberikan ketenangan fikiran kepada customer.
Untuk keterangan lanjut mengenai servis autogate kami dan Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.





