Underground Autogate Rosak Teruk? Masa Sesuai Untuk Tukar Autogate Baru yang Lebih Tahan Lama
Selamat Pagi. Ini kali kedua kami datang ke rumah customer di Bangi Lama dan kali pertama datang kami baiki Victor underground autogate nya dengan menggantikan autogate control panel dan kali ini datang bukan untuk baiki, tetapi customer buat keputusan untuk pasang autogate baru. Customer buat keputusan untuk tidak terus membaiki underground autogate lamanya, ramai kenalannya yang menasihati untuk lakukan pemasangan autogate baru, tidak guna terus baiki autogate lama yang hanya akan memeningkan kepala.
Seperti biasa kami akan recommend dua pilihan autogate iaitu Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Pilihan customer adalah Tronica®-828 kerana harga lebih murah dan tahan lasak.
Kam melakukan pemasangan Tronica® Arm Autogate System menggantikan Victor underground swing autogate system lamanya.
- Tronica® Heavy Duty Swing Arm x 2
- Autogate Control Board
- Transformer
- Backup Battery
- PVC Box
- Remote Control x 3

Underground Autogate Rosak Teruk? Masa Sesuai Untuk Tukar Autogate Baru yang Lebih Tahan Lama
Jika underground autogate anda mengalami kerosakan yang agak teruk seperti gearbox rosak atau DC motor sudah tidak berfungsi, biasanya kos untuk baiki akan jadi lebih tinggi dan tidak tahan lama. Dalam keadaan seperti ini, kami memang sarankan untuk pertimbangkan pemasangan autogate baru. Bila fikir dari segi jangka panjang, sistem autogate yang lama mungkin akan kerap rosak semula dan memerlukan kos tambahan. Jadi, memilih sistem autogate rumah yang baru dan berkualiti sebenarnya boleh menjimatkan masa, tenaga dan duit anda untuk masa akan datang.
Kami selalu nasihatkan customer supaya lihat keseluruhan sistem autogate, bukan sekadar baiki satu bahagian sahaja. Kos baiki underground autogate yang rosak teruk kadang-kadang hampir sama dengan kos pasang autogate baru. Tambahan pula, sistem autogate baru biasanya lebih senyap, lebih lancar dan lebih mudah diselenggara. Dengan teknologi yang lebih baik, risiko kerosakan juga jadi lebih rendah dan penggunaan harian lebih selesa untuk seisi keluarga.
Sebab itu kami sentiasa berikan servis yang terbaik dan jujur kepada setiap customer. Kami memasang Tronica® Autogate hampir setiap hari dan stok sistem autogate ini sentiasa tersedia kerana kami sentiasa tambah stok. Jadi anda tak perlu tunggu lama untuk pemasangan. Bila-bila masa anda perlukan, kami boleh bantu pasang autogate baru yang tahan lama, berkualiti tinggi dan sesuai dengan keperluan rumah anda.

Dari Underground Autogate Ke Tronica® Arm Autogate System
Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, X Gate, Am Gate, DC Max serta Elock. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica® Swing Arm Autogate System.
Ramai customer telah memilih untuk menggantikan sistem mereka kepada Tronica® Swing Arm Autogate System, yang kami tawarkan sebagai alternatif yang lebih canggih dan boleh dipercayai. Kami berusaha untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada pelanggan kami, memastikan bahawa mereka mendapat sistem autogate yang sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





