Swing Autogate Tak Boleh Tutup – Servis Autogate Diperlukan Segera
Selamat Petang. Servis autogate kami diperlukan di Bangsar Kuala Lumpur dimana swing autogate customer tak boleh tutup sejak dari petang semalam. Dari apa yang customer beritahu, ada hubungi original autogate installer Bangsar minta mereka datang secepat mungkin tapi tak boleh, jadi sepanjang malam pintu pagar autogate terbuka dan mereka janji akan datang awal pagi. Kemudian, pagi itu customer hubungi mereka tapi tak angkat, tunggu sampai tengahari pun tak ada apa-apa balasan dari mereka, customer terpaksa ambil cuti, jika mereka datang pagi, lepas selesai baiki autogate, boleh terus pergi kerja, tapi tidak. Itu yang customer cari auto gate repairer lain.
Tanya kenalannya jika ada kontraktor autogate KL yang boleh datang segera, abangnya bagi contact Kedai Autogate. Kami ada tanya jenama autogate apa yang customer gunakan, tetapi customer sendiri tidak pasti. Jangan risau, kami ada spare parts untuk baiki semua jenama autogate. Kami yang kebetulan di area Happy Garden KL untuk pasang Tronica 828 autogate, selepas selesai terus ke rumah customer. Kami buat autogate checking untuk mencari bahagian mana yang tidak berfungsi, ambil dnor autogate spare parts pcb board dan terus gantikannya. Kurang dari 45 minit, selesai masalah autogate tersebut. Lega customer autogate nya dah berfungsi seperti, memang cepat servis autogate yang kami tawarkan katanya, selepas ini akan hubungi kami sahaja jika ada apa-apa masalah, memang tak akan contact original autogate installer nya dulu.

Nak Servis Autogate Cepat? Anda Telah Datang Ke Tempat Betul
Autogate rumah anda tengah buat hal? Tekan remote tapi pintu tak buka, atau tiba-tiba terus tak berfungsi? Kadang-kadang bila jadi macam ni, kita cuba cari installer asal, tapi malangnya tak dapat hubungi mereka atau dah tak buat servis lagi. Ramai juga customer kami hadapi situasi macam ni – bukan autogate yang kami pasang pun, tapi kami bantu sebab pemasang sebelum ni dah tak bertanggungjawab. Tak perlu risau, kami di kedai Autogate memang pakar baiki semua jenis dan jenama autogate – sliding, swing, folding, underground – semua boleh settle.
Kalau anda nak servis baiki autogate cepat, anda memang dah jumpa tempat yang betul. Team juruteknik kami memang berpengalaman dan dah jumpa macam-macam jenis kerosakan. Kami bawa semua spare parts autogate siap-siap – dari control board, motor, gear, remote sampai bateri. Bila sampai je, kami terus buat diagnosis, cari punca masalah dan tukar part yang rosak. Tak perlu tunggu hari lain, kami akan pastikan autogate anda berfungsi balik pada hari yang sama. Cepat, mudah, dan jimat masa anda!

Pakar Autogate – Semua Jenis Dan Jenama Autogate
Kami dah biasa servis autogate dari pelbagai negara – tak kisah buatan Itali ke, UK ke, kami tahu cara nak handle. Ramai customer datang kepada kami bila autogate mereka mula berbunyi pelik, tak boleh buka atau tutup betul-betul, atau bila arm tu langsung tak bergerak. Dengan pengalaman kami dan stok spare parts yang lengkap, semua masalah ni boleh kami selesaikan tanpa perlu tunggu lama.
Semua spare parts autogate untuk jenama autogate yang popular seperti KRON, FBM, E8, OAE, Dnor, Jackpro, RDS dan banyak lagi. Tak kira sama ada anda perlukan repair atau pemasangan baru, kami sedia datang ke kawasan sekitar Lembah Klang. Yang penting, kerja kami cepat dan kemas, supaya anda tak perlu risau pasal keselamatan atau keselesaan di rumah. Kalau anda nak servis autogate yang boleh dipercayai, terus je hubungi Jacky di 018-207 9198 atau WhatsApp www.wasap.my/60182079198 . Pasukan kami dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai sistem autogate, menjamin bahawa keperluan anda akan dipenuhi dengan kepakaran dan kecekapan.






