Stainless Steel Arm Autogate Patah
Selamat Pagi. Kami dihubungi customer dari Sri Petaling yang mencari stainless steel arm autogate spare parts. Dari apa yang customer beritahu, dia tidak sengaja melanggar arm autogate tersebut dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta dan menyebabkan bahagian depan arm autogate patah dan tidak boleh disambung. Memandangkan customer menggunakan arm autogate yang kecil dengan mudah ianya patah dengan sekali langgar. Oleh tidak dapat mencari original autogate installer, customer menghubungi kami.
Melihat keadaan arm autogate tersebut ia perlu digantikan, jadi kami tawarkan untuk gantikan 1 unit arm menggunakan arm autogate sama E8 seperti yang customer gunakan iaitu Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate. Customer sangat bersyukur sebab boleh dapatkan gantikan autogate arm yang bermasalah, tidak perlu tukar set autogate yang baru.

Autogate Rosak Akibat Dilanggar – Perlu Lebih Berhati-hati
Ramai yang tak perasan, sebenarnya banyak kes berlaku bila kereta tak sengaja terlanggar pagar autogate. Kadang-kadang bukan sebab cuai, tapi mungkin sebab tergesa-gesa nak keluar kerja, tak sempat tunggu gate buka habis. Bila jadi macam ni, arm autogate boleh patah, bracket boleh tercabut, atau paling teruk, pintu pagar jatuh terus. Bila dah jadi macam ni, memang kena baiki, dan kos pun boleh jadi tinggi. Kalau anda alami situasi macam ni, jangan risau – hubungi kami, kami ada pengalaman dan boleh bantu selesaikan masalah autogate anda supaya ia kembali berfungsi seperti biasa.
Satu nasihat penting – tunggu autogate buka sepenuhnya dulu sebelum anda undur kereta keluar. Memang faham, kadang-kadang kita dah lambat nak ke tempat kerja, tapi nak jimat 5 saat tu akhirnya boleh menyebabkan kerugian ratusan ringgit. Tengok dulu keadaan keliling, pastikan tak ada halangan, baru undur perlahan-lahan. Kalau main undur je tanpa tengok gate dah buka penuh ke belum, memang risiko tinggi nak terlanggar arm autogate atau pintu pagar. Bila kena baiki, bukan je makan kos, tapi makan masa juga.
Sama juga waktu nak masuk ke rumah. Pastikan pintu pagar dah buka habis baru masuk perlahan-lahan. Ramai juga yang lupa bila masuk tu, ada autogate arm di bahagian bawah, lebih-lebih lagi kalau guna sistem folding atau swing. Kalau tak berhati-hati, memang mudah sangat nak terlanggar bahagian tu. Jadi, biasakan diri tengok cermin sisi dan perhatikan pergerakan autogate setiap kali masuk atau keluar. Ingat, elakkan kerosakan lebih baik daripada kena baiki. Tapi kalau dah rosak juga, kami sedia bantu bila-bila masa!

Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Seperti Biasa
Di sinilah kami berada. Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.
Tidak kira masalah apa yang anda hadapi dengan autogate, kami disini ada untuk membantu. Hanya hubungi Kedai Autogate jika autogate anda rosak atau patah disebabkan kemalagan ataupun lain-lain punca. Sekiranya anda nak pasang autogate baru, kami sangat syoekan Tronica® Arm Autogate System. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






