Spare Parts Tersedia – Boleh Baiki/ Pasang Autogate On The Spot

LATEST NEWS 

Spare Parts Tersedia – Boleh Baiki/ Pasang Autogate On The Spot

Hari ini beberapa servis autogate kami diperlukan di Klang Valley jadi spare parts autogate perlu disediakan terlebih dahulu sebelum technician pergi melakukan autogate services. Setiap hari memang ada servis autogate yang telah set appointment untuk datang pada hari itu, sama ada untuk servis pasang autogate baru ataupun servis baiki autogate untuk masalah arm autogate stuck, autogate tak boleh, remote autogate tak berfungsi, autogate battery kong, autogate roller tercabut dan banyak lagi.

Untuk servis hari ini kebanyakannya menggantikan autogate arm yang bermasalah. Jadi beberapa units Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate dan Dnor 212 arm autogate diperlukan. Spare parts arm autogate hanya untuk job yang telah confirm untuk hari ini dimana pertama kami akan ke Kota Kemuning untuk menggantikan 2 units arm autogate lama yang telah rosak, gantikan dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate. Seterusnya ke Klang untuk gantikan Dnor 212 swing arm autogate. Kemudian sambung ke area KL untuk gantikan 1 unit arm autogate Tronica® Arm Autogate.

Ada juga servis tambahan diperlukan di Cheras, dimana customer minta kami datang hari ini juga sebab autogate tak boleh tutup dan kawasan rumahnya banyak anjing, risau pagar terbuka dan anjing masuk rumah. Kami datang lakukan pemeriksaan dan bahagian autogate yang rosak ada autogate motherboard, ada cicak mati dekat belakang board tersebut. Untuk spare parts lain seperti autogate board, remote, tranformer, autogate arm, battery dan banyak lagi, memang sentiasa standby dalam kenderaan kami. Jadi bila ada servis tambahan untuk hari itu, kami memang boleh lakukannya juga sebab spare parts autogate sentiasa kami bawa bersama.

Kami sentiasa ingin pastikan autogate anda dapat dibaiki pada waktu kami datang, sekali datang terus boleh selesai. Kami cuba elakkan datang berulang kali, kerana rugi masa dan kos tinggi.

Autogate Spare Parts
Autogate Spare Parts

Servis Autogate Cepat & Mudah Dengan Spare Parts Sentiasa Ready

Setiap kali kami pasang atau baiki autogate, kami memang dah fikir jangka panjang untuk anda. Maksudnya, kami pastikan spare parts autogate sentiasa mudah didapati walaupun selepas bertahun-tahun digunakan. Jadi bila ada masalah di kemudian hari, tak perlu tunggu lama atau pening cari alat ganti. Bagi kami, servis autogate bukan sekadar datang baiki dan siap, tapi kami nak pastikan anda sentiasa ada support bila diperlukan.

Kalau autogate rumah anda ada masalah, tak kisah sama ada dipasang oleh kami atau tidak, kami tetap boleh bantu. Team kami ada pengalaman dan tahu cara nak kenal pasti punca masalah dengan cepat, jadi kerja repair autogate boleh dibuat dengan lebih efisien tanpa buang masa.

Untuk pastikan semuanya berjalan lancar, kami akan bawa sekali spare parts autogate masa datang buat pemeriksaan. Ini penting supaya kebanyakan masalah boleh terus diselesaikan pada hari yang sama tanpa perlu datang banyak kali. Anda pun tak perlu tunggu lama atau hadap autogate rosak berhari-hari. Kalau perlukan bantuan, boleh terus hubungi kami untuk set appointment kami akan pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan baik dan memudahkan urusan harian anda

KA Autogate Services
KA Autogate Services

Servis Autogate Terbaik – Tidak Kira Jenama Autogate

Untuk semua model seperti underground swing autogate atau arm autogate dan jenama autogate yang kami gunakan antaranya Tronica®, KRON autogate, OAE autogate, dnor 712 auto gate, dnor 212, dnor 212k, e8, victor, mag, digicraft autogate dan banyak lagi, kami akan menyimpan autogate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri. Spare parts autogate sangatlah penting, jika autogate bermasalah boleh hanya menggantikan bahagian yang rosak dan tidak perlu setiap kali autogate bermasalah, kena tukar kepada sistem autogate baru. Sebab itu kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mencari auto gate services Klang Valley? Nak baiki autogate dan pasang autogate? Kedai Autogate ada penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, kami memang specialist for autogate. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info mengenai KA Autogate Services.