Servis Tukar 1 Unit Arm Autogate Tidak Kira Jenama
Hai semua. Kami ke USJ untuk servis baiki OAE arm autogate yang sebelah sudah tidak berfungsi. Dari apa yang customer ceritakan, sebelum ini arm autogate tersebut memang sudah bergerak perlahan setiap kali buka dan tutup. Customer ada hubungi installer asal OAE autogate di Puchong, namun mereka maklumkan buat masa itu tiada spare parts OAE dan minta customer guna dulu selagi boleh. Malam kejadian, arm autogate oae terus tak berfungsi dan bila dihubungi semula, tiada respon. Disebabkan sebelah pagar tak boleh buka dan kereta tak muat masuk, customer terpaksa parking di luar rumah dan mula cari pakar baiki OAE autogate sebelum menghubungi kami,
Autogate.
Seperti biasa, kami aturkan appointment ikut masa yang sesuai kami dengan customer dan terus ke lokasi. Selepas pemeriksaan dibuat, kami dapati motor OAE arm autogate memang sudah rosak dan tidak boleh berfungsi lagi. Kami tunjukkan sendiri bahagian yang bermasalah supaya customer faham punca sebenar kerosakan. Kami ada spare parts OAE 333A arm autogate, dan pada masa yang sama kami juga cadangkan pilihan lain iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Dari segi design ia hampir sama dengan OAE, tetapi lebih heavy duty, harga lebih berpatutan dan senang dapat spare parts untuk jangka panjang.
Customer bersetuju untuk tukar kepada Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Selepas pemasangan siap, kami buat testing buka dan tutup beberapa kali dan semuanya berfungsi dengan lancar. Customer sangat lega kerana masalah autogate dapat diselesaikan pada hari yang sama tanpa perlu tunggu lama. Kata customer, urusan dengan kami senang, penerangan jelas dan jika ada masalah autogate lagi di masa hadapan, memang akan terus hubungi Kedai Autogate.

Autogate Installer Anda Tak Dapat Membantu – Kami ada Spare Parts
Kadang-kadang bila autogate rosak, memang buat orang pening kepala nak cari siapa boleh tolong. Lebih susah lagi bila installer lama yang dulu pasang autogate dah tak boleh dihubungi, atau syarikat yang kita guna sebelum ini dah tak buat servis autogate lagi. Sekarang pun banyak syarikat kecil buka sekejap lepas tu tutup, jadi customer jadi risau dari segi jaminan dan servis selepas baiki. Sebab itu penting untuk cari syarikat yang betul-betul berpengalaman dan masih aktif. Kami sendiri dah lebih 30 tahun dalam industri autogate, dan sampai hari ini masih turun padang buat pemasangan dan baiki autogate untuk customer.
Untuk kerja pembaikan pula, kami sentiasa sediakan stok spare parts autogate yang lengkap untuk jenama-jenama yang biasa digunakan di Malaysia seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE, Dnor dan banyak lagi. Jadi bila autogate bermasalah seperti arm rosak, motor tak gerak, board rosak, remote tak respon atau roda patah, tak semestinya kena tukar satu set baru. Dalam banyak kes, kami cuma perlu tukar bahagian yang rosak sahaja, dan autogate boleh berfungsi semula dengan baik. Cara ini bukan sahaja lebih cepat, malah jauh lebih jimat dan praktikal untuk customer.

Arm Autogate Services – Dapatkan Tronica® Autogate
Sekiranya arm autogate yang anda gunakan tiada spare parts dipasaran, boleh sahaja guna jenama autogate arm lain, maksudnya sebelah kanan yang rosak tukar kepada jenama lain iaitu Tronica® autogate arm dan sebelah kiri yang okay, guna balik jenama model autogate yang asal dan autogate components lain. Cuma arm autogate akan jadi tidak sama, dari segi rupa/ design sahaja, tapi fungsinya masih sama.
Kepada anda yang perlukan pemasangan Tronica® autogate, Sam Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Terdapat beberapa model Tronica® Autogate System yang kami supply and install antaranya, untuk folding swing autogate Tronica® 929 Arm Autogate System Tronica® 898 Stainless Steel Arm Autogate System. Untuk Sliding autogate kami ada Tronica® 1500 Sliding Autogate Motor dan Tronica® 2000 AC Sliding Autogate System.
Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan boleh pergi ke youtube untuk tengok kerja kami https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






