Servis & Ganti Arm Autogate Rosak Setiap Hari Di Klang Valley

LATEST NEWS 

Servis & Ganti Arm Autogate Rosak Setiap Hari Di Klang Valley

Hampir setiap hari kami terima panggilan daripada pemilik rumah yang hadapi masalah arm autogate rosak. Ada yang rosak sebelah sahaja, ada juga yang pilih untuk tukar kedua-dua arm sekali supaya lebih seimbang dan tahan lama. Dalam kebanyakan kes, sebenarnya tak perlu tukar satu set autogate pun. Kami hanya gantikan arm autogate yang rosak sahaja kerana komponen lain seperti autogate control board, transformer dan remote masih elok dan boleh digunakan semula. Arm autogate ni memang ada jangka hayat, bila dah lama guna biasanya akan mula lemah, bergerak perlahan atau tersangkut-sangkut. Kalau dah nampak tanda-tanda macam ni, lebih baik tukar awal sebelum ia rosak lebih teruk dan menjejaskan bahagian lain.

Salah satu punca paling biasa arm autogate rosak ialah akibat dilanggar kereta sendiri. Selalunya berlaku masa nak keluar atau masuk rumah, terutamanya kalau ruang pagar agak sempit. Silap sikit je masa undur atau masuk, arm boleh bengkok, patah atau terus jam. Bila arm dah rosak macam ni, sistem autogate pun boleh jadi tak stabil dan akhirnya tak boleh digunakan langsung. Sebab tu kami selalu nasihatkan customer supaya pastikan autogate betul-betul terbuka sebelum gerakkan kereta, dan bawa kenderaan dengan lebih berhati-hati untuk elakkan kerosakan yang tak sepatutnya.

Di Kedai Autogate, kami memang biasa uruskan kes-kes macam ni, termasuk daripada customer lama yang autogate mereka kami pasang bertahun-tahun dulu. Tak kira autogate anda sistem lama atau baru, kami akan periksa dulu dan cadangkan penyelesaian yang paling sesuai, sama ada tukar arm baru atau baiki yang sedia ada. Yang penting, kami utamakan penyelesaian yang jimat kos dan tahan lama. Semua kerja dibuat oleh juruteknik berpengalaman dan menggunakan spare parts berkualiti supaya autogate anda boleh berfungsi semula dengan lancar dan boleh digunakan tanpa risau.

Folding Arm Autogate Repair Ampang
Folding Arm Autogate Repair Ampang

Punca Arm Autogate Lama Rosak Akibat Dilanggar

Ini adalah customer kami daripada Ampang Jaya yang kami pasang full set autogate dalam 5 tahun lepas dan sekarang ada masalah autogate arm sebelah kanna tidak berfungsi dengan baik, hanya terbuka sedikit. Dari apa yang customer beritahu, beberapa hari lepas arm autogate ini kena langgar, tapi selepas itu masih berfungsi cuma ada arm autogate bunyi kuat dan sekarang langsung tidak berfungsi. Customer terus hubungi kami minta kami ajar cara untuk release arm autogate supaya boleh buka pagar manual terlebih dahulu sebab ada pergi ke Perak ada kenduri. Dulu pun kami pernah ajar, tapi customer terlupa. Tunggu customer balik rumahnya baru kami datang lakukan pemeriksaan.

Hari ini kami datang lakukan pemeriksaan dan sahkan yang autogate arm sebelah kanan itu motornya telah rosak dan ada arm autogate gear telah pecah. Untuk gantikan arm autogate tersebut dengan Tronica®-Stainless Steel Arm Autogate untuk latest autogate design 2025 dan customer terus setuju. Customer beritahu, dia mempercayai kami, autogate sebelum ini guna tak pernah ada masalah, cuma rosak akibat terlanggar. Walaupun sudah pasang lama, customer dapat hubungi kami.

Tronica Stainless Steel Arm Autogate Ampang
Tronica Stainless Steel Arm Autogate Ampang

Servis Baiki Dan Pasang Arm Autogate Untuk Pelbagai Jenama

Kepada anda yang perlukan auto gate repair atau nak pasang autogate dengan cepat? Bolehlah hubungi kami sekarang. Juruteknik kami cekap tidak mengambil masa lama untuk repair autogate anda dengan masalah autogate untuk pelbagai jenama autogate dan untuk pemasangan autogate, hanya cara pasang autogate yang betul dan terbaik digunakan. Kami sangatlah recommend Tronica® Arm Autogate System, iaitu best autogate 2025 dengan autogate promotion include installation.

Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti Tronica®, kron, fbm, agt, dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate, millie’s autogate ataupun oae autogate.

Dengan servis autogate kami, anda boleh berasa tenang kerana sistem autogate anda akan dibaiki menggunakan alat ganti autogate asli dan untuk pemasangan autogate, produk autogate terbaik diberikan. Sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.