Rumah Trip Dan Autogate Tak Boleh
Hai semua. Kali ini servis autogate kami diperlukan di Klang, dimana customer ini adalah kawan customer yang kami servis dnor autogate remote rosak minggu lepas. Oleh kerana original autogate installer tidak mahu membantu, kawan syorkan autogate repair service kami. Daripada apa yang customer beritahu kami, ada berlakukannya trip setelah ada kerja-kerja pembaikan tiang elektrik 2 hari lepas, sepatutnya jika tiada elektrik oae autogate masih berfungsi sebab ada autogate backup battery. Apabila bekalan elektrik kembali ada, autogate masih tidak berfungsi. Jadi customer cuba buka kotak autogate dan terkejut sebab tak ada bateri autogate didalam, sebab pakej autogate dulu mereka janjikan termasuk bateri autogate. Itu yang pada mulanya customer hubungi pemasang autogate asal, mereka cakap akan periksa record dulu dan akan hubungi customer semula. Tetapi tak hubungi semula pun dan customer cuba hubungi mereka tak angkat.
Sekarang customer perlu mencari penyelesaian sendiri dan kawan customer yang syorkan Kedai autogate. Selepas lakukan autogate troubleshooting, yang rosak ada autogate transformer kemungkinan akibat power surge sebab ada kesan terbakar, nasib baik motherboard autogate masih okay dan kami juga tambahkan high quality autogate backup battery 12ah untuk customer. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, masalah autogate customer selesai.

Pemasangan Autogate Hilang – Dapatkan Servis Baiki Yang Boleh Dipercayai
Selalunya bila autogate rosak barulah kita nampak siapa installer yang adalah mereka betul-betul bertanggungjawab dan siapa yang hanya janji manis masa mula-mula pasang. Masa pemasangan, ramai installer tawarkan harga murah, siap dengan macam-macam promosi untuk tarik perhatian. Tapi bila autogate mula ada masalah, masa itulah ada yang terus lepas tangan. Janji servis selepas jualan pun tak nampak bayang, customer pula yang pening kepala nak cari penyelesaian sendiri.
Hampir setiap hari kami dapat panggilan daripada pengguna autogate yang sebenarnya bukan pasang dengan kami. Kebanyakan mereka mengadu installer asal langsung tak jawab call, WhatsApp pun senyap atau ada juga yang jawab tapi asyik bagi alasan tak boleh datang. Ada customer yang dah tunggu berminggu-minggu, tapi autogate masih tak dibaiki. Situasi macam ni memang buat ramai kecewa, sebab bila beli dulu, installer beria-ia meyakinkan autogate mereka bagus dan servis pantas.
Kalau anda alami masalah macam ni, jangan risau. Hubungi sahaja Kedai Autogate untuk bantuan. Kami memang selalu sediakan spare parts siap-siap, jadi bila datang terus boleh baiki tanpa perlu buang masa tunggu barang. Tak kisah jenama apa, kami akan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah autogate anda secepat mungkin. Yang penting, anda tak perlu risau kena hadap installer asal yang tak bertanggungjawab. Dengan kami, anda boleh lebih tenang sebab tahu autogate akan kembali berfungsi seperti biasa.

Kami Akan Pastikan Autogate Anda Berfungsi Seperti Sedia Kala
Kami fahami masalah autogate boleh mendatangkan kesukaran lebih-lebih lagi apabila cuba hubungi original autogate installer tapi tak dapat. Kami mengutamakan kecepatan dan kecekapan dalam servis kami. Kami tahu bahawa masalah dengan autogate boleh menyusahkan, dan oleh itu, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa masalah tersebut diselesaikan dengan segera apabila kami tiba. Anda tidak perlu menunggu berhari-hari atau minggu untuk mendapatkan servis autogate yang diperlukan.
Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate, folding arm autogate dan juga sliding autogate. Kepakaran kami merangkumi autogate arm daripada negara berbeza antaranya local autogate, Itali dan UK. Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica® Autogate, KRON Autogate, FBM, E8, OAE, Dnor, RDS, Jackpro, Beninca, Valet, G-Force dan banyak lagi.
Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





