Ramai Dapatkan Servis Autogate Dipercayai Dari Kedai Autogate

LATEST NEWS 

Ramai Dapatkan Servis Autogate Dipercayai Dari Kedai Autogate

Hai semua. Kami bercakap berdasarkan perkara yang kami lalui setiap hari dan salah satunya customer di Ampng. Anda boleh tengok memang baru lagi dnor 712 arm autogate system, baru beberapa bulan sahaja dan ada masalah tak boleh berfungsi dan customer terpaksa parking kereta dekat keluar dan keluar masuk guna pintu pagar kecil. Dari apa yang customer beritahu, sejak 5 hari lepas sudah ada masalah dan ada hubungi original auto gate installer, mula-mula mereka kata akan datang dan cuba untuk dapatkan temu janji, selepas itu sudah tak dapat hubungi mereka. Customer hanya ada satu nombor itu sahaja untuk dihubungi dan nama syarikat mereka pun customer tidak tahu.

Sekarang customer perlu cari penyelesaian sendiri dengan mencari reliable autogate services daripada syarikat autogate teratas. Customer dapat contact kami dari tempat dia bekerja, dimana kami yang kendalikan autogate di Kilangnya. Kami datang buat troubleshooting dnor autogate, apabila buka kotak autogate, kami dapati dnor autogate control panel dan dnor auto gate transformer bukan baru, ianya secondhand. Yang rosak adalah auto gate control panel yang membuatkan autogate tidak berfungsi. Kami tunjuk semua proses pada customer, supaya selepas ini dia lebih berhati-hati dalam mencari kontraktor.

Dnor Autogate Services Ampang
Dnor Autogate Services Ampang

Autogate Baru Bermasalah – Pemasang Autogate Asal Tidak Bertanggungjawab

Ramai pemilik rumah pasang autogate sebab nak senang tak perlu turun kereta bila hujan, lebih selamat dan nampak moden. Tapi malangnya, ada juga yang kecewa sebab lepas autogate siap dipasang, ada masalah dengan autogate installer. Bila autogate mula buat hal dalam masa baru-baru pasang tu, customer cuba call, WhatsApp, tapi tak dapat respon langsung. Memang rasa geram, sebab bila kita bayar harga bukan murah, mestilah kita harap servis lepas jualan pun bagus dan boleh bantu bila ada masalah. Tapi bila tukang pasang tak dapat dikesan, semua jaminan dan warranty tu macam sia-sia.

Lagi menyedihkan, ramai yang masih dalam tempoh warranty autogate tapi tak boleh nak tuntut apa-apa sebab pemasang dah lari atau tidak mahu bertanggungjawab. Akhirnya, customer terpaksa cari orang lain untuk baiki dan kena keluarkan duit lagi walaupun sepatutnya dibaiki percuma dalam tempoh warranty. Kami sendiri selalu dapat panggilan daripada customer yang kena macam ni ada yang baru sebulan pasang, ada juga baru seminggu! Ramai yang rasa tertipu sebab dah bayar mahal, tapi servis tak sampai standard. Kalau installer tu betul-betul bertanggungjawab, mereka sepatutnya bantu pelanggan selesaikan masalah, bukan lepas tangan.

Sebab tu penting untuk pilih installer autogate yang betul-betul boleh dipercayai, bukan semata-mata tengok harga murah. Pastikan mereka ada pengalaman, ada alamat atau kedai yang jelas dan sediakan sokongan selepas jualan. Bila syarikat tu kukuh dan ada team teknikal sendiri, kalau ada apa-apa masalah pun senang nak hubungi semula.

Trust Autogate Installer Ampang
Trust Autogate Installer Ampang

Hubungi Kami Untuk Sebarang Bantuan Berkenaan Autogate

Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti tronica, kron, fbm, cougar, dnor 712, dnor 212 autogate, dnor turbo 880, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, oae autogate, valet, dea dan beninca. Kami hanya menggunakan spare parts autogate baru dan original.

Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Ampang dan Lembah Klang. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang Tronica® Arm Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, welding servis an banyak lagi.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.