Autogate Alam Impian – Pagar Dilanggar Punca Arm Autogate Hampir Patah

LATEST NEWS 

Pagar Dilanggar Punca Arm Autogate Hampir Patah

Kami dihubungi customer daripada Alam Impian Shah Alam yang merupakan customer lama yang kami pasang sistem autogate Mexigate Swing Autogate dalam 8 tahun lepas. Dari apa yang customer beritahu, anaknya tidak sengaja melanggar autogate arm tersebut. Dimana autogate belum buka habis lagi dan terus undurkan kereta yang menyebabkan autogate arm lama hampir patah. Nasib baik hanya autogate arm sebelah kanan sahaja yang bermasalah.

Kami segera memberi respon kepada masalah customer ini dan datang untuk menggantikan arm autogate yang rosak dengan model autogate terbaru iaitu Tronica®-929 Arm Autogate yang lebih dimana design nya lebih cantik dan motor autogate tahan lasak. Dengan pemasangan arm autogate yang baru dan berkualiti ini, masalah dapat diselesaikan dengan segera dan autogate mereka kembali berfungsi dengan baik seperti sedia kala.

Customer sangat berpuas hati, walaupun sudah lama masih tetap boleh cari kami dan boleh baiki autogate tersebut tanpa tukar full set autogate baru.

Swing Arm Autogate Repair Alam Impian
Swing Arm Autogate Repair Alam Impian

Masalah Autogate Customer Lama atau Baru, Kami Tetap Sedia Membantu

Bila autogate rosak, kebanyakan orang memang akan cuba hubungi semula orang yang pasang dulu. Tapi hakikatnya, ramai yang berdepan masalah bila nombor pemasang dah tak aktif, syarikat pula dah tak beroperasi atau mereka tak lagi buat servis autogate. Sebab itu ramai customer akhirnya hubungi kami untuk bantu baiki autogate mereka. Ada juga customer lama yang dah bertahun-tahun tak hubungi kami, tiba-tiba cari balik bila autogate mula bermasalah. Bagi kami, tak kisah autogate lama atau baru, siapa pasang dulu pun tak jadi isu kami tetap sedia bantu.

Salah satu punca autogate rosak yang paling kerap berlaku ialah pintu pagar terlanggar. Kadang-kadang berlaku tanpa sengaja masa nak keluar rumah atau mungkin orang lain langgar semasa undur kereta. Bila ini terjadi, banyak bahagian autogate boleh terjejas seperti arm autogate bengkok atau patah, bracket tercabut, pintu tak boleh tutup rapat, dan dalam kes yang lebih serius, pintu pagar boleh jatuh. Keadaan macam ini memang akan menyukarkan penggunaan autogate dan kalau dibiarkan, kerosakan boleh jadi lebih teruk.

Jangan risau, kami sentiasa bersedia untuk bantu. Kami simpan stok spare parts autogate yang mencukupi termasuk arm autogate dan bracket yang berkualiti untuk pelbagai jenama. Dalam banyak kes, kami boleh datang buat pemeriksaan dan terus baiki pada hari yang sama. Kami faham autogate sangat penting untuk keselamatan dan keselesaan rumah, jadi kami akan cuba selesaikan masalah secepat mungkin.

Autogate Arm Spare Parts
Autogate Arm Spare Parts

Servis Autogate Terbaik Berdekatan Anda

Adalah penting baginya untuk mencari autogate repair expert yang boleh menyediakan perkhidmatan autogate yang berkesan dan menjalankan pembaikan arm auto gate yang diperlukan. Mencari syarikat autogate yang terkenal berdekatan akan memastikan masalah autogate dapat diselesaikan dengan berkesan dan mencegah masalah pada masa depan. Kami mempunyai pelbagai jenama autogate arm seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE, Dnor, E8, Cougar, Millie’s dan banyak lagi.

Untuk yang mencari pemasangan autogate baru, kami akan terangkan dengan detail apa jenama autogate terbaik malaysia iaitu Tronica®Autogate, cara pasang autogate, diagram auto gate wiring, upah pasang autogate berapa dan auto gate market price sekarang, apa sahaja keperluan gate dan autogate anda kami boleh tolong.

Dengan servis autogate kami, anda boleh berasa tenang kerana sistem autogate anda akan dibaiki menggunakan alat ganti autogate asli dan untuk pemasangan autogate, produk autogate terbaik diberikan. Sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan boleh youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.