OAE Autogate Sudah Lama Pasang – Kami Masih Boleh Membaikinya

LATEST NEWS 

OAE Autogate Sudah Lama Pasang – Kami Masih Boleh Membaikinya

Hai semua. Kami ke Seksyen 36 Shah Alam dimana ini adalah customer lama kami yang kami pasang OAE 333a Arm Autogate System 7 tahun lalu. Sekarang ada masalah oae autogate tak boleh buka. Dari apa yang customer beritahu, beberapa bulan lepas baru sahaja menggantikan swing gate design baru dan menggunakan semula oae autogate kami sebab masih berfungsi dengan baik, cuma baru sekarang ada masalah autogate tidak berfungsi rumah blackout akibat ada kerja pembaikan oleh kontraktor elektrik. Bukan autogate sahaja yang rosak ada peralatan rumah lain seperti TV juga telah rosak. Kami syak mungkin kena power surge. Apabila customer hubungi kami, customer terus tanya jika kami masih boleh baiki autogate tersebut sebab sudah lama. Jangan risau kami ada spare parts untuk baiki oae 333a autogate tersebut

Setelah lakukan pemeriksan, kami dapati hanya oae autogate control panel yang rosak dan customer minta kami gantikan bateri autogate juga. Sekarang customer boleh guna semula oae autogatenya seperti biasa. Customer juga beritahu, jika oae autogate rosak semula akan bertimbangkan untuk pasang baru dengan Tronica® Arm Autogate System seperti yang kami syorkan.

OAE Autogate Repair Shah Alam
OAE Autogate Repair Shah Alam

Autogate Yang Kami Bekalkan, Spare Parts Tersedia

Semua sistem autogate yang kami pasang seperti Tronica, KRON, FBM, OAE, Dnor dan beberapa jenama lain, kami memang akan pastikan semua spare parts mudah didapati. Ini termasuk autogate arm, control panel, remote control, transformer dan pelbagai komponen lain yang penting. Sebab tu kami boleh bagi servis lepas jualan yang baik – kalau ada rosak nanti, kami boleh terus datang dan ganti bahagian yang perlu. Tak perlu tunggu lama atau cari barang jauh-jauh, kami dah sediakan siap-siap.

Ramai juga customer lama yang kami pasang autogate untuk mereka 5 tahun, 7 tahun malah ada yang lebih 10 tahun lepas, masih hubungi kami kalau ada apa-apa masalah. Kami hargai kepercayaan mereka dan kami memang akan cuba bantu sebaik mungkin. Kalau kerosakan tu bukan besar sangat, tak perlu pun tukar sistem baru. Kami boleh baiki dan pastikan autogate terus berfungsi macam biasa. Tapi kalau sistem tu memang terlalu lama dan banyak sangat masalah, barulah kami cadangkan tukar baru.

Kami ni bukan sekadar installer autogate biasa, kami memang pakar dalam bidang ni. Jadi tak kira anda customer lama atau baru, kalau ada masalah dengan autogate sama ada folding, swing, sliding atau jenis lain boleh terus hubungi kami. Kami akan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah anda. Servis kami bukan hanya untuk pasang baru, tapi juga untuk pastikan autogate anda terus boleh digunakan bertahun-tahun dengan selamat dan lancar.

Shah Alam Autogate Services
Shah Alam Autogate Services

Servis Baiki Autogate Terbaik Di Lembah Klang

Jenama autogate apa yang anda gunakan? Adakah ia famous autogate brand malaysia? Anda tak pasti? Boleh contact Kedai Autogate Shah Alam, kami akan bantu membaiki autogate tidak kira jenama autogate dan jenis autogate yang anda gunakan. Untuk yang mencari pemasangan autogate baru, kami akan terangkan dengan detail apa jenama autogate terbaik malaysia iaitu Tronica® Autogate, cara pasang autogate, diagram auto gate wiring, upah pasang autogate berapa dan auto gate market price sekarang, apa sahaja keperluan gate dan autogate anda kami boleh tolong.

Dengan memilih perkhidmatan pembaikan autogate kami, anda boleh berasa tenang kerana sistem autogate anda akan dibaiki menggunakan alat ganti autogate asli. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.