Masalah Roda Autogate Selesai – Autogate Buka Dan Tutup Lebih Lancar

LATEST NEWS 

Masalah Roda Autogate Selesai – Autogate Buka Dan Tutup Lebih Lancar

Sudah hampir 6 tahun customer di Klang menggunakan roda autogate kami, memang jangka masa yang lama. Baru sekarang roda tayar autogate tersebut bermasalah, kadang-kadang roda melompat keluar daripada trek dan roda autogate tersebut juga sudah berkarat. Maklumlah sudah lama kan. Customer juga beritahu disebabkan terlalu sibuk, dia sudah lama tidak spray wd40 dan bersihkan kawasan gate trek seperti yang kami ajar agar roda autogate tahan lama. Kalau dia konsisten terus lakukannya, mesti roda autogate tersebut tiada masalah sampai sekarang.

Kali ini untuk menggantikan roda auto gate yang baru kami menggunakan stainless steel folding gate roller, yang akan tahan karat dan pastinya akan tahan lebih lama.

Roda Autogate Tercabut Klang
Roda Autogate Tercabut Klang

Autogate Bunyi Kuat Semasa Buka Dan Tutup. Apa Puncanya?

Sedang kami lakukan kerja-kerja menggantikan roda autogate baru, jiran customer (jarak beberapa rumah) meminta kami untuk melihat pintu pagarnya yang mengeluarkan bunyi yang kuat semasa buka dan tutup autogate. Sampaikan dia cabut dulu autogate arm dan tolak pintu pagar manual bagi mengurangkan bunyi tersebut.

Pada mulanya disangkakan autogate arm yang rosak tetapi setelah melihat dengan lebih dekat, mereka melihat bahawa bahagian yang membantu pintu bergerak, iaitu roda autogate, tidak berfungsi, tidak berpusing itu yang apabila dipaksa untuk bergerak, ia mengeluarkan bunyi yang kuat.

Auto Gate Roller Broken
Auto Gate Roller Broken

Cuba Cara Ini Supaya Roda Autogate Tahan Lama

Selepas menggantikan kedua-dua roda autogate, autogate sekarang berfungsi dengan lancar, seolah-olah pintu baru. Kami menggunakan roda autogate keluli tahan karat, yang kukuh dan tahan karat. Kedua-dua customer kami sangat senang hati dengan pembaikan tersebut dan kami menunjukkan cara untuk meletakkan minyak pada semua bahagian yang bergerak dalam autogate. Kami membimbing mereka melalui prosesnya langkah demi langkah dan menjelaskan semua butiran dengan terperinci. Kami berikan menerangkan ini pada setiap customer yang kami lakukan servis autogate untuk mereka, supaya roda autogate atau bahagian autogate lain akan tahan lebih lama.

Folding auto gate ini memang banyak masalah sebenarnya sebab banyak bahagian yang bergerak dan masalah berterusan akan berlaku. Jadi waranti tidak diberikan untuk kerja-kerja auto gate rollers replacement atau gate hinges replacement.

Replace Autogate Roller Klang
Replace Autogate Roller Klang

Servis Autogate Cepat Dan Cekap

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti KRON, dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198

Anda Nak Repair Autogate? Ikuti 3 Langah Mudah ini.

Langkah Pertama: Untuk swing atau gate lipat, tangkap gambar gate penuh dengan kiri dan kanan arm. Jika untuk gate sliding, tangkap gambar gate penuh, motor, roda dan juga trek.

Langkah Kedua: Kami akan kaji gambar, video dan masalah autogate yang anda hadapi. Lepas itu, kami hubungi untuk buat temu janji. Biasanya pada hari yang sama!

Langkah Ketiga: Kami akan bawa spare parts autogate dan alatan untuk terus baiki ke tempat anda.

Jika ada apa-apa yang anda perlukan, call sahaja kami di 018 – 207 9198 atau whatsapp ke www.wasap.my/60182079198 Kami sedia membantu.