Autogate Ampang – Masalah Remote Kena Pergi Dekat Dengan Pagar Baru Boleh Buka

LATEST NEWS 

Masalah Remote Kena Pergi Dekat Dengan Pagar Baru Boleh Buka

Hai semua. Pagi ini kami ke Ampang untuk bantu seorang customer yang ada masalah swing autogate tak boleh buka guna remote control. Customer cerita, masalah remote ni sebenarnya dah lama dimana mula-mula dulu kena berdiri dekat kotak autogate baru boleh buka, lepas tu dah tukar bateri pun masih sama. Disebabkan ada suis dalam rumah, customer biarkan saja dulu. Tapi semalam masa hujan, remote autogate terus tak berfungsi langsung dan customer terpaksa keluar dari kereta, lari masuk rumah untuk tekan suis. Masa tu barulah customer cari “autogate repair near me” dan terus hubungi kami.

Bila kami sampai dan buat pemeriksaan, rupanya remote receiver lama sudah rosak. Customer masih menggunakan sistem lama 330MHz, sebab tu jarak remote pun memang pendek dan senang jadi lemah bila receiver dah mula rosak. Bila receiver dah tak dapat baca signal, memang remote takkan berfungsi walaupun bateri baru. Masalah macam ni memang biasa berlaku bila receiver dah lama atau sudah haus.

Kami terus cadangkan customer untuk upgrade ke sistem 433MHz autogate remote, yang jauh lebih stabil dan boleh buka dari jarak lebih jauh. Jadi, kami ganti satu set lengkap 433MHz remote receiver + 3 unit remote control. Selepas pemasangan, customer test sendiri dan memang ketara beza jaraknya, tak perlu rapat pada gate lagi. Sekarang autogate boleh buka dengan mudah, lebih lancar, dan tak perlu risau waktu hujan atau gelap pun. Kalau anda pun ada masalah remote autogate tak responsive, boleh hubungi kami bila-bila masa.

Swing Autogate Repair Ampang
Swing Autogate Repair Ampang

Kami Berikan 433mhz Autogate Remote Receiver & Remote Control

Masalah remote control autogate memang perkara biasa yang ramai pengguna hadapi. Kadang-kadang autogate tak mahu buka bukan sebab sistem besar rosak, tapi cuma bateri remote yang dah lemah. Sebab itu langkah pertama yang paling mudah ialah cuba tukar bateri dulu. Kalau selepas tukar bateri masih sama remote tekan tapi gate tak respon besar kemungkinan masalah ada pada remote receiver. Bahagian inilah yang menerima signal daripada remote, dan bila ia mula rosak, automatik signal tak sampai. Bila jadi macam ni, lebih baik terus panggil pakar seperti Kedai Autogate untuk buat pemeriksaan supaya tak membuang masa cuba pelbagai cara yang tak menjadi.

Tak kisah anda pakai jenama atau model autogate apa, kami memang sediakan pelbagai jenis autogate remote control dan remote receiver yang sesuai. Kami gunakan 433MHz remote receiver dan remote control, iaitu versi terbaru yang jauh lebih stabil, tahan lama dan boleh buka gate dari jarak lebih jauh berbanding sistem lama. Lepas tukar ke sistem 433MHz, biasanya pelanggan memang terus rasa perbezaan remote jadi lebih sensitif, tak perlu dekat sangat dengan gate, dan autogate pun lebih senang beroperasi tanpa gangguan. Kalau remote anda mula tak stabil, cepat-cepat hubungi kami sebelum ia langsung tak boleh dipakai.

Remote Autogate Repair Ampang
Remote Autogate Repair Ampang

Penyelesaian Terbaik Yang Dipercayai Untuk Autogate Anda

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard, termasuk tukar roda autogate dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Ampang, Cheras, Puchong, Petaling Jaya, Kepong dan Shah Alam. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja.

Kami di Kedai Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate termasuk pelbagai jenis seperti sliding autogate, swing arm autogate dan folding arm autogate.

Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.