Masalah Arm Autogate Lama? Kami Masih Ada Spare Parts!
Hai semua. Hari ini kami bantu seorang customer lama di Bangi dimana autogate arm stainless steel model Tronica® yang kami pasang lebih 7 tahun lalu tiba-tiba rosak, arm sebelah kanan tidak berfungsi. Customer beritahu beberapa bulan lepas pernah kena langgar tapi swing arm autogate tronica kami masih lagi berfungsi, cuma sekarang stuck jam tak boleh buka, jadi terpaksa cabut untuk buka pagar secara manual. Customer terus cari balik nombor kami untuk dapatkan bantuan.
Setelah pemeriksaan, kami sahkan motor arm kanan sudah rosak kemungkinan sebab selalu. Nasib baik kami masih ada spare parts original untuk model Tronica® lama ini. Kami cadangkan ganti dengan Tronica® 828 ArmAutogate versi terbaru 2025 customer terus setuju sebab percaya dengan prestasi produk dan servis kami. Sepanjang lebih 7 tahun guna, ini kali pertama autogate itu rosak. Customer sangat berpuas hati kerana walaupun dah lama dipasang, kami masih sedia bantu dan masih ada alat ganti untuk model lama.

Kami Sedia Membantu Baiki Autogate Customer Lama Dan Baru
Bila autogate mula bermasalah, selalunya orang akan cari semula pemasang asal, sebab mereka lebih kenal sistem tersebut dan biasanya ada spare parts yang sesuai. Kedai Autogate, kami memang sentiasa bersedia dengan pelbagai jenis alat ganti untuk banyak model autogate, termasuk model yang lama.
Tak kira masalah besar atau kecil sama ada remote autogate tak boleh guna, motor tak bergerak, arm berbunyi pelik, atau sistem langsung tak hidup kami ada team teknikal yang berpengalaman dan alat ganti yang lengkap. Kadang-kadang customer rasa kena tukar satu set terus, tapi bila kami datang periksa, rupanya cuma satu part kecil je yang rosak. Jadi tak perlu bazir duit tukar satu set baru. Kami akan beritahu dengan jujur apa yang perlu diganti dan baiki ikut keperluan sebenar.
Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami bukan saja pasang dan jual sistem autogate, tapi kami juga beri servis lepas jualan yang tip-top. Ramai pelanggan lama masih hubungi kami bila ada masalah sebab mereka tahu kami boleh dipercayai dan servis kami konsisten. Sama ada anda customer lama atau baru, kami layan semua dengan baik dan profesional. Kami percaya kalau kita jaga pelanggan dengan jujur dan ikhlas, mereka pun akan terus sokong kita dari dulu sampai sekarang.

Arm Autogate Specialist – Pasang Dan Baiki
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.
Mari kami lakukan pemeriksaan dan jika perlukan arm autogate replacement, kami kami sentiasa membawa arm autogate spare parts untuk famous autogate brand seperti Tronica® arm autogate, kron, fbm arm, dnor 712 arm autogate, dnor 212 arm autogate, oae 333a arm, agt, millie’s autogate dan beberapa jenama lain. Tronica autogate system merupakan heavy duty autogate motor yang sesuai untuk swing gate dan folding gate. Dengan menggunakan Tronica® Autogate, pengguna dapat menikmati kebebasan dan kepraktisan dalam mengendalikan pintu pagar mereka, sambil memiliki keyakinan bahawa sistem ini dapat berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan.
Dengan servis autogate kami, anda boleh berasa tenang kerana sistem autogate anda akan dibaiki menggunakan alat ganti autogate asli dan untuk pemasangan autogate, produk autogate terbaik diberikan. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.






