Kos Baiki Underground Autogate Tidak Berbaloi – Lebih Pasang Tronica Autogate Baru
Ada customer daripada Old Klang Roda, Jalan Klang Lama yang menggunakan Letron underground autogate system. Dari apa yang customer beritahu kami, underground autogate sebelah kiri tidak berfungsi, jadi dia telah buka cover underground autogate tersebut dan mendapati air penuh didalammnya. Pada mulanya customer sangkakan boleh beli dan tukar underground autogate gearbox sahaja. Jadi customer menghubungi untuk dapatkan penyelesaian.
Kami terangkan pada customer jika ingin dibaiki boleh tapi kos menjadi sangat tinggi kerana underground autogate spare parts mahal dipasaran kerana produknya yang sudah limited dan jika hari ini baiki sebelah kiri, tidak lama selepas itu sebelah kanan juga boleh rosak. Bila-bila dikira-kira kos baiki lebih tinggi daripada pasang autogate baru. Ataupun lebih berbaloi dengan pemasangan autogate baru dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan anda tidak perlu fikir dengan masalah autogate lagi. Keputusan customer tepat dengan memilih untuk pemasangan autogate baru menggunaan Tronica®-828 Arm Autogate System.
Setelah set appointment, kami telah datang lakukan pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan semua berfungsi dengan sangat baik, customer berpuas hati itulah yang penting.

Underground Autogate Penuh Dengan Air – Geabox Motor Rosak
Kebanyakan punca utama underground autogate rosak adalah disebabkan air masuk ke dalam underground autogate motor gearbox. Bila sistem ni ditanam bawah tanah, kita memang tak akan tahu keadaan dalam dia setiap masa. Kadang-kadang hujan lebat atau kawasan rumah memang jenis tak ada sistem saliran baik , semua ni boleh sebabkan air terkumpul dan masuk ke dalam unit. Bila buka penutup underground autogate, baru perasan air dah penuh dalam tu. Bila air dah masuk, memang besar kemungkinan gearbox dan DC motor dalam tu akan rosak, sebab komponen dalam tak direka untuk tahan air.
Sekiranya ini berlaku dekat anda, memang ada dua pilihan: baiki underground autogate yang rosak, atau tukar sistem autogate baru. Kalau nak baiki, kena tengok sejauh mana kerosakan. Kadang-kadang cuma motor je rosak, kadang-kadang kedua-dua motor dan gearbox kena tukar. Tapi jujurnya, bila dah kena air, risiko kerosakan berulang tetap ada. Jadi, ramai customer kami yang alami situasi ni akhirnya ambil keputusan untuk tukar ke sistem swing arm autogate. Sistem ni dipasang di atas, jadi tak perlu risau pasal air masuk, dan penyelenggaraan pun lebih senang.
Sebelum buat keputusan, elok juga bandingkan kos baiki dan kos pasang baru. Kadang-kadang beza harga tak banyak, tapi dari segi jangka panjang, sistem swing arm lebih menjimatkan dan kurang risiko rosak. Jadi kalau anda dah penat hadap masalah air masuk underground autogate, mungkin dah sampai masanya untuk tukar sistem yang lebih praktikal. Nak tahu lebih lanjut atau nak kami semak sistem sedia ada anda, boleh terus hubungi kami untuk nasihat dan pemeriksaan percuma.

Naik Taraf kepada Tronica® Arm Autogate System
Dulu kami banyak pasang underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock, Am Gate, X Gate, serta DC Max. Ada customer kami yang masih menggunakan underground swing autogate system ini, kami ada spare parts underground autogate jika mereka memerlukan underground autogate services. Dan ada juga customer kami telah tukar kepada Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System.
Cepat hubungi Kedai Autogate untuk dapatkan harga autogate promosi untuk Tronica®Arm Autogate System sama ada untuk kali pertama pemasangan ataupun menggantikan autogate lama anda yang rosak. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di 018-207 9198 or via WhatsApp at www.wasap.my/60182079198 and lihat video kami di YouTube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.





