Autogate USJ – Komponen Autogate Rosak Disebabkan Kilat

LATEST NEWS 

Komponen Autogate Rosak Disebabkan Kilat

Hai semua. Kalau anda nak tahu lightning/ kilat/ petir ini boleh merosakan peralatan elektrik termasuklah sistem automatic gate autogate. Itu yang banyak servis autogate kami diperlukan untuk servis baiki autogate tidak berfungsi disebabkan kilat di Lembah Klang. Selalunya autogate kena kilat, ia akan merosakan autogate control panel, autogate transformer, autogate remote receiver ataupun lebih teruk kesemuanya sekali boleh rosak, lagi ketara akan nampak kesan terbakar pada component autogate tersebut.

Apabila customer hubungi dimana autogate rosak disebabkan kilat atau selepas hujan lebat, apa yang kami tanya jika ada berlakunya trip/ blackout dan minta periksa MCB, DB atau kotak elektrik semua berada dalam keadaan hidup “on”, semuanya switch keatas dan minta customer untuk reset autogate terlebih dahulu dengan menutup elektrik rumah selama 15-20 minit. Dalam kebanyakan kes, autogate akan berfungsi semula selepas reset dan ianya tidak rosak, sebab itu kami jujur untuk ajar customer reset terlebih dahulu, pastikan betul-betul autogate rosak, barulah kami datang.

Sekiranya selepas reset masih tidak berfungsi, kami akan hantar team kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian dengan membawa semua autogate spare parts, kami akan pastikan masalah autogate anda selesaikanon the spot, pada masa dan hari kami datang.

USJ Autogate Services
USJ Autogate Services

Autogate Motherboard Ada Kesan Terbakar

Kali pertama kami dihubungi customer daripada USJ Subang Jaya yang ada masalah dengan oae 333a autogate system tidak berfungsi selepas hujan lebat dan kilat petang semalam. Apabila customer hubungi kami, kami terus ajarkan untuk reset terlebih dahulu dan ia berfungsi semula seperti biasa. Selepas 3 minggu customer hubungi kami semula dimana oae autogate tak boleh buka walaupun sudah reset autogate tersebut. Customer beritahu, autogate kena kilat, kami tanya macam mana tahu kena kilat sebab sudah buka kotak pvc autogate nampak kesan terbakar pada autogate control board dan ada bau terbakar. Itu yang customer cepat-cepat hubungi kami semula.

Kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati hanya oae autogate motherboard rosak terbakar. Customer juga ada beritahu yang remote autogate sebelum ini kadang boleh berfungsi, boleh digunakan dan ada masa tak boleh, tekan kunci remote, autogate tak boleh buka, kesian susah anaknya nak pergi kolej, apabila remote rosak terpaksa naik grab.. Kemungkinan autogate remote receiver bermasalah dan customer minta kami untuk tukar sekali, bukannya mahal tukar remote set. Battery backup autogate juga customer suruh tukar sebab sudah 3 tahun, sudah kong.

Jadi sekarang kami gantikan oae autogate control panel, 433mhz autogate remote set (1 receiver dan 3pcs remote) dan backup battery autogate 7ah. Semuanya kami lakukan dalam satu masa dan oae autogate berfungsi semula seperti biasa. Customer ada juga kata yang oae 333a arm autogate sudah lama, sekiranya rosak akan hubungi kami untuk dapatkan Tronica® 929 arm autogate.

OAE Autogate Repair USJ
OAE Autogate Repair USJ

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan

Kami menerima banyak panggilan berkenaan autogate yang tidak dapat dibuka atau tidak berfungsi selepas hujan lebat, terutamanya pada musim hujan seperti sekarang. Jika anda mengalami masalah yang sama dan pemasang autogate asal anda tidak dapat membantu, jangan ragu untuk menghubungi Kedai Autogate. Kami akan memberikan respon segera dan datang untuk menyelesaikan masalah autogate anda dengan cepat dan berkesan.

Apabila autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang tronica dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Kami juga menawarkan untuk penyelesaian wiring rumah anda. Sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau boleh ke youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.